Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Sunday 30 November 2014

AKU BERSALIN 27/1/2014 (Episod 1)

As Salam,

Entry yg sgt aku suka dlm hidup aku.. Pengalaman aku bersalin.. Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup aku.. Sebabnya proses bersalin setiap org adalah berbeza.. Pengalaman semua org xsemestinya sama.. Kemungkinan dlm 100 cerita, satu jer sama cerita dia dgn aku..

Okay, bermula awal tahun January 2014, genaplah kandungan aku 9 bulan.. Anak yg aku kandungkan selama ini dgn penuh kasih & syg sehinggalah sampai ke minggu 2 terakhir sebelum aku due 27/1/2014, aku check up seperti biasa.. Entah mcm mna darah tinggi aku naik secara mendadak.. 160/90.. agak tinggi.. 
So doktor suruh aku rehat sekejap, relax dlm 20 minit..
Kemudian, doktor ambil lagi tekanan darah aku.. 150/82..
Doktor cakap, dia takde pilihan, terpaksa hantar aku guna van ambulans dari klinik kesihatan Bandar Botanik ke Ampuan Rahimah.. Aku yg dlm ketakutan.. pergi dan ikot saje la.. Sebab nurse xbagi kita lepas dari pandangan dia.. dlm pikirannya, dia takot kita xpergi, cabut lari.. So, aku xde pilihan.. kereta aku terpaksa aku tinggalkan kat klinik tu.. Telepon En.Husb cakap kene admit..
Tarikh masa tu 24/1/2014.. Due aku sebenarnya 31/1/2014 sempena Chinese New Year.
So aku pon pergi lah dgn ambulan, masuk ke wad kecemasan..
Barang kemas semua aku cabut sebab aku takot nnty kalau terlelap, hilang barang kemas aku yg xseberapa ni.. Ramai kengkawan aku pesan awal2, suruh tanggalkan.. Kalau tak tanggal, bangun tidur dah lesap.. WaAllah Hu Alam..

Hari pertama aku kat Hospital Ampuan Rahimah,
Agak takot jugak.. Dekat Wad kecemasan tu, doktor check blood pressure, memang masih tinggi..
Aku rasa mcm biasa.. aku tak pening pon.. Rasa okay jer.. Mungkin dah nak dekat hari, hormon jadi tak menentu..
Lepas check, doktor buat CTG untuk check baby, keaktifan baby.. Al-maklumlah, baby aku mmg xbape nak aktive waktu pagi.. Waktu mlm jer dia rajin exercise sampai senak perot aku..
So, CTG yg hampir 3 jam aku melengung baring kat situ, xde function sgt.. Last2, doktor scan baby aku.. Nak tgk dia buat apa.. Bila scan, doktor cakap, pergerakan baby okay.. mungkin tgh tidur sbb tu xberapa nak aktive.. Aku dah cakap, tapi doktor yg xnak dgr.. Kannn..

Lepas check semua, barulah nurse hantar aku ke wad bersalin.. Ada yg aku dgar tgh mengerang sakit, sampai meremang bulu roma aku.. Yg ni mmg bg aku bertambah pressure.. Nak dijadikan cerita, sebelah katil aku ni, warga Indonesia.. Kakak tu dah pernah bersalin sekali dekat Ampuan Rahimah, jadi dia dah pengalaman.. Malam tu, tgh sedap aku baring, Kakak sbelah katil ni asik mundar-mandir.. Sambil muka menahan sakit.. Xsenang duduk aku tgok.. Jam nak dekat 10mlm.. Aku tgk sakit dia ni lain macam.. Dari dia mundar-mandir, dia baring pulak kat katil sebelah aku.. 
Dah agak lama dia baring sambil mengerang kesakitan, tiba2 dia menjerit..
"Ya Allah sakitnya.."
Aku yg sedap tgh berangan termenjerit sekali terkejut dek kakak tu menjerit..
Lagi skali dia menjerit "Nurseee, saya nak terkeluar dah ni"

Aku yg kat sebelah katil mulalah panic.. Darah kat tilam dia dah makin banyak.. Nurse lebih kurang 3 org berlari laju menuju kat katil dia.. "Awak jgn bersalin kat sini, bersalin masuk kat labour room" sambil tangan nurse menekan2 kat celah kangkang kakak tu.. Aku rasa mesti kepala baby tu nak keluar.. Agak tegang jugakla.."Kan saya kata jgn teran, awak jgn terann.. tahannnnnn"
Nurse tu menjerit lagi..
Yang pastinya, aku mmg clear giler nampak kakak tu teran baby dia.. mmg dah tak tahan sgt lah tu..
Tiba2 aku dgr " Huwarghhhhhhhh" baby kakak tu dah keluar..
Alhamdulillah dlm hati aku.. Oooo mcm tu rupanya bersalin.. mcm senang jer.. tapi takot pon ada..

Nak jadikan cerita, nurse dtg check blood pressure aku pukul 12.00AM, 180/92.. amik kawwww..
"Hah, ni kenapa tiba2 naik mendadak ni?? Mesti tgk kakak sebelah bersalin ni.. Tu yg tiba2 naik mendadak" Sudah.. pressure aku naik lagi.. mcm mana nak kluar ni.. esok ari Sabtu ni, kawan opis En.Husb aku ajak makan kat SALOMA restaurant.. Ruginya aku tak pergi untuk menambahkan berat badan aku ni.. Haishhh.. "Ni, lau tak turun esok, saya xbg keluar"
Huarghhhh lagi aku nak menangis.. So, aku cuba relaxkan diri aku, cuba untuk lelapkan mata, dengan harapan mudah2an esok aku boleh discaj..

Hari kedua aku di Ampuan Rahimah, tengah sedap2 tidur, pukul 5.00pagi, boleh pulak nurse gerak nak check blood pressure.. Aku dlm keadaan mamai, bagi jerla tangan.. 150/78.. Okay, dah turun sikit.. lega aku.. Aku pon sambung balik tidurrr..
Pukul 8.00pagi, aku dah siap mandi, menunggu muka tercongok lau nurse nak check pressure aku..
Xdatang2 pulak nurse ni.. last2 aku menunggu sampai pukul 12tgahari baru nurse check..
Aku pon beriyer cepat2 bagi tangan, sambil tanya "Nurse saya boleh kluarkan ari ni?"
"Hish awak ni, dari semalam xabis2 tanya soalan ni.. Bukan saya yg putuskan awak boleh kluar ari ni ker tak.. Awak kene tunggu Doktor yg putuskan boleh kluar ker tak?"
Eiii geram pulak aku.. punahlah harapan aku nak makan kat SALOMA.. menci2..
Bacaan aku 140/60.. Nurse cakap mungkin aku boleh kluar.. tgk aku dah mcm xmenyabor nak kluar.. So awak tnggu Doktor yg Besar punya, akan decide sama ada awak boleh kluar atau tak..

Pukul 4.00PM Doktor tu pon datang, pantau results patient satu persatu.. aku dah xsabar menggelupor nak doktor dtg kat katil aku.. Sampai jer turn aku, aku dah buat drama.. "Doktor, pressure saya dah okay, saya nak kluar ari ni doktor? boleh?" Doktor tu balas, "Tak payahla, tunggu sampai due jerla.."
Nak menangis aku dengar.. Terus aku buat muka sentap.. Menci aku nengok Doktor tu..
"Hahahahhah, okaylah awak dah boleh discaj ari ni.. Telepon Husband awak suruh amik"
Wahhhhh syioknyerrrr.. dapatlah aku makan kat SALOMA..

Proses discaj agak lama jugak.. Dari pukul 4.00PM aku dok tunggu2 bila boleh keluar, last2 pukul 6.00PM baru settle.. Barulah aku dapat balik rumah.. Kesian En,Husb menunggu punya lama.. Nama pon kerajaan, kenalah ikot procedure satu persatu.. bukan boleh main bedal jer.. silap ari bulan, diri sendiri kena maki.. Kan naya tuh.. Tapi service untuk kali ni, aku rasa xla seteruk mcm mana org cakap.. nurse kerajaan terukla.. xada hati dan perot la.. Tapi bg aku, okay.. Service dorang pon okay.. Slalu jugak nurse tu senyum bila terpandang aku.. Mana ada sombong.. Kalau panggil nurse pon mesti diorang balas, xdenya langsung ignore.. Kadang2 tuah masing2.. Mungkin hari ni layanan aku dapat baik, mungkin next time lain pulak ceritanya.. Kita pon xtahu yer dak.. Tak kiralah kerajaan atau swasta.. Tuah masing2..

Okayla sambung next entry okay..

1 comment:

  1. Fair Game Fair Game Fair Game Fair Game Fair Game
    Fair Game Fair Game Fair Game Fair Game Fair Game Fair Game Fair Game 더킹카지노 Fair Game Fair game Fair Fair Game Fair Game Fair Fair Game Fair Game 메리트카지노총판 Fair Fair Fair Game Fair Fair Fair Game Fair 메리트카지노 Fair Game Fair Fair Game Fair

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn