Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Wednesday 3 February 2016

ESTER VITAMIN C 500 PLUS YANG AKU CONSUME SEKARANG!

AS SALAM

Hai pembaca2 semua.. maaf aku agak menyepi sekian lamanya.. aku nak sharing lagi pasal produk yg aku makan sekarang ni..Sekrg ni aku ada consume vitamin C yg bagi aku rasa sgt bagus sebabnya nanty korang akan tahu kenapa aku choose bende ni.. ni bukan nak promote lebih2, tapi dlm usia kita skrg ni, dgn cara pemakanan kita yg banyak toksin, makanya, suplement2 ni penting untuk neutralkan balik tubuh badan kita.. ada stgh org pikir bende ni xperlu, tapi bg aku, sorryyyy woooooo sbb aku mmg syg tubuh badan aku.. sebab tu aku sentiasa mencari yg terbaik drpd yg terbaik..

Kali ni topik aku nampak ringkas jer Vitamin C jer kot, tapi aku harap dapat tukar minda korang, dan aku seru sgt korang choose suplement yg bagus utk tubuh badan korang..
Aku skrg pilih Ester -C 500 Plus ni memang tidak dinafikan, banyak sangat produk produk lain di pasaran luar sana yang menjual pelbagai jenis Vitamin C. Yg buat aku rasa kagum, adalah kesihatan aku setakat ni, alhamdulillah selepas consume hampir setahun, aku xdemam, kalau flu pulak 2 ke 3 hari je, lepas tu dah baik.. Yang bestnya, aku masih lgi menyusukan anak aku si Gugurl Mumy ni, anak aku susah nak kene demam.. lau kena pon, sehari dua je dah sihat balik.. syukur sebab aku conpom consume produk ni dan tak tukar2.. korang pon tau kan dulu aku consume produk apa kan.. hihihihi..
 
Tapi,kat sini aku nak citer apakah kelebihan yang terdapat dalam Ester -C 500 Plus ini??
senang citer aku bg show video kat korang supaya pemahaman lagi sampai dah mudah kerje aku..



 
Penerangan Ringkas Tentang Ester Vit-C 500Plus
Vitamin C amat diperlukan oleh badan setiap hari ini kerana Vitamin C larut dalam air dan mudah hilang dari badan kita setiap hari. Walaupun ramai menganggap mereka mengamalkan diet seimbang dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan (termasuk jus buah segar) tetapi makanan diambil masih tidak dapat memenuhi keperluan Vitamin C harian. 
“Vitamin C adalah vitamin larut air. Kaedah penyediaan masakan yang salah akan menyebabkan ia mudah hilang, terutama jika sayur dibasuh selepas dipotong. Vitamin C akan larut dalam air basuhan yang dibuang." 

“Kebanyakan orang kita suka masak sayur hingga lembik. Ini menyebabkan semua Vitamin C dalam sayur hilang (bersama wap) dan yang tinggal hanya serat. Jarang sekali kita dapat makan sayur mengikut kuantiti disaran dan semua faktor ini menyebabkan kita kekurangan Vitamin C harian.” 

Ester-C 500 Plus adalah Vitamin C Tak Berasid dan berpaten. Ia mengandungi Ester-C dengan metabolit Vitamin C, ekstrak Pine Bark, kompleks Bioflavonoids dan mineral askorbat yang dihasilkan melalui teknologi canggih berasaskan air yang dipatenkan untuk meningkatkan fungsi antioksida. pH neutralnya lembut terhadap perut.






Faedah Ester-C 500 Plus
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Menentang jangkitan virus & bakteria 
  • Mempercepatkan pemulihan daripada penyakit & luka
  • Mengurangkan risiko sinus berdarah (seperti yang di alami oleh penghidap resdung tahap kritikal) 
  • Memperbaik keadaan kulit dengan membantu dalam pembentukan kolagen
  • Awet muda kerana kandungan anti-oksidanya sangat tinggi sehingga boleh menghapuskan radikal bebas yang menyebabkan kelihatan tua sebelum umurnya

Ester-C 500 plus sangat berkesan berbanding vitamin C biasa yang berada dipasaran kerana :
  • Kadar pengekalan selama 24 jam
  • 4 kali keberkesanan
  • 2 kali penyerapan

Kebaikan Ester-C 500 Plus
  • Hanya perlu mengambil sekali sehari dan bukannya 3 kali
  • Mengambil 2 tablet setiap kali dan bukannya 6-8 tablet setiap hari
  • Pelegaan untuk selesema dan kesejukan yang lebih cepat 
Siapa yang perlu mengambil Ester-C Plus ini? 
  • Orang yang mementingkan kesihatan (memenuhi keperluan Vitamin C dalam badan) 
  • Orang yang mudah terkena jangkitan selesema 
  • Orang yang selalu menghadapi masalah resdung (cairan keluar dari hidung pada awal pagi dan juga ketika masuktidur, mata gatal, telinga gatal kadangkala di sertai dengan hingus berdarahketika di hembus) simptom yang menderita resdung.
  • Perokok-perokok Orang yang menghisap rokok kadar kehilangan Vitamin C lebih cepat hilang dari badan berbanding orang yang tidak menghisap rokok.Sebab itulah si perokok lebih mudah terdedah kepada selesema berbanding orang yang tidak merokok.
  • Bagi mereka yg suka sangat cucuk Vitamin C untuk kecantikan! Ester C mampu megekalkan kecantikan dan keputihan seseorang dalam bentuk tablet!! Hanya dengan pengambilan 2 tablet sehari atau lebih jika mahukan keberkesanan yang cepat!
  • Ester-C500 dapat diserap dan dikekalkan dalam badan untuk jangka lebih lama. Ini merupakan cara tubuh kita menyimpan Vitamin C. Ianya dapat mencerahkan kulit daripada tompok-tompok hitam. Menjadikan kulit bersih, cerah,lembut, lembap dan berseri. Membuat wajah anda segar dan lembut dalam jangka masa yang panjang
  • Dijamin 100% halal
  • Mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Kalau korang rasa nak sgt try, Ester Vit C 500 Plus ni ada  jual dlm 3 jenis kuantiti :
  • 30 Tablets
  • 60 Tablets
  • 120 Tablets
Cadangan Pengambilan :
  • Dewasa : 1 - 2 tablet setiap hari selepas makan
  • Kanak-kanak: 1 tablet setiap hari selepas makan  
Kalau korang rasa nak sgt try, Ester Vit C 500 Plus ni ada  jual dlm 3 jenis kuantiti :
  • 30 Tablets
  • 60 Tablets
  • 120 Tablets
Korang lau rasa nak sggt beli, so korang boleh la contact aku.. sbb aku boleh bagi harga murah2 jer..018 3900407 (JUMAA)

Tuesday 24 February 2015

SELAMAT TINGGAL BRIGHT STEEL SERVICE CENTER

As Salam Semua sahabat...
Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja di BSSC.
Bertarikhkan 25/2/2015, hari berakhirlah perkhidmatan aku di sini.

Thanks sebab celebrate last minutes untuk kami berdua hari ni:
Ishikura san & Juma san.
Selamat Tinggal Semuaaaaa!!
Love u ols foreverrrr!!


Tadaaaa kek from my BSSB:

kat bawah ni picture tahun lepas.. aku saja letak sbb kat situ ada Boss Ito aku..
windunyerr kat dia..
Sgt funny picture ni.. Aku suka unready caption.. candid.. hahahah tapi ni picture last year..

BACKGROUND KERJA
Okay sebelum tu aku nak cerita sedikit hal perihal aku mula bekerja di BSSC..
Aku merupakan Admin Assistant tapi Job Scope aku lebih kepada secretary to my Japanese Boss..
Aku bekerja di company ni dari 2/4/2012.
Aku sgt suka kerja yg aku buat skrg.. Tapi disebabkan contract Boss aku dah tamat, automatik kerja aku pon tamat. Kalau dulu masa pregnant, org yg slalu aku benci ialah Boss Ito aku.. Hari2 gadoh jer..Apa dia suruh conpom aku bangkang.. Tapi bila dia nak tinggalkan aku balik Jepon, baru aku sedar, Boss aku ni penyayang orgnya.. Rindu pulak aku ngn dia.. Ito san, I miss u a lottt..
Gambar kat bawah ni masa aku tgh pregnant.. Time ni kene paksa ngn colleague aku suh tangkap gamabr ngn dia.. Masa ni, hari jadi Boss Ito aku.. Alololo tomey jerr.. rasa nak bg penampor.

Sepatutnya aku diserap masuk ke bahagian shipping. Tapi aku sgt tak berminat bila melibatkan diri dengan Kastam, Mida, Sirim dan seangkatan dgnnya, buat aku rasa serabut giler.
Jadi final decision yg aku buat adalah dgn meletakkan jawatan walaupun aku rasa syg giler..
 Mana taknya kat sini agak selesa dan freedom.
Kerja sgt okay, colleague pon jenis satu kepala.. Tapi kalau dah rezeki aku tahap itu, xperla.
Insya Allah rezeki lebih baik akan dtg pulak, mana tau kan..

Hari ni, aku nak jadikan memory terakhir aku bersama BSSC.
Kenangan manis dan pahit aku semua bersama BSSC. Sebelum tu aku nak sharing cerita mula2 aku start bekerja dgn BSSC ni.
Yg dulunya, aku mula bekerja pada hari pertama di sini, semua colleague aku agak sombong.
Aku agak takot jugakla. Rasa mcm pandangan diorang agak sinis.
Hari kedua, aku bekerja, aku ingat lagi saat kawan baik aku menyapa,
"Hei, nama awak siapa?"
Juma aku jawab.
"Awak nak lunch dgn saya tak?"
Aku cakap nakkk..
Diala org pertama yg tegur aku dgn mesra, apatah lagi ngn perwatakan lemah lembut dia tu sgt sesuailah dgn kelembutan ngn suaranya..
Ewahh bukan main lagi ayat aku..
Itula kawan, sahabat, ketawa, nangis aku bersama dia di BSSC..
Dan org kat sini gelar kami sbgai TWIN..

MY DARLING SHARA AMYRA..

Aku byk sharing cerita aku dgn dia. Dari A sampai Z..
Rasa windunya dgn kamooo darling..
Masa aku kahwin dia jadi pengapit aku.. Dia lah ke hulur ke hilir tolong aku.. Setia betol pembantu aku ni.. & aku pon tak sangka, dalam diam dia jadi salah satu cerita dalam hidup aku..
Aku mmg sygkan dia 100%.. Aku pon tak tahu kenapa..

Kalau dulu bila kita zaman sekolah, kita ada jugak kawan karib yg terindah..
Dialah peneman kita ke sana ke mari.. Sedih bersama, gatal menggedik pon bersama.. hahaha..
Yg ni sampai sekarang aku masih contact lagi.. My lovely ERMA AMYLIA..
Dia ni pon jenis yg sgt memahami.. Dan aku pon tetap sygkan kamooo sampai bila2..
Picture dia sebelah kanan ujung sekali..
Nampakkan 2 sahabat yg aku syg kat situ, di ujung kiri satu dan di ujung kanan satu..
Dgn mereka mmg tak pernah skali aku bergaduh.. Tak pernah amik hati, semuanya open-minded dan jenis tak terasa.. Seronok kenal korang wahai sahabatku..

Berbalik pada cerita aku tadi, Lepas aku berkahwin, 6 bulan kemudian aku mengandung..
So, Shara Amira slalu take care aku. N kakak opis pon sama..
Yg paling best masa aku pregnant, kakak opis Dept BSSB, kak Waheeda pregnant jugak..
Beza kami adalah hari sahaja.. Lebih kurang 10 hari kot tarikh due kami..
So, aku ngn kak waheeda slalu dapat date check-up yg sama, jadi kami kerap jugak pg Klinik bersama. Dulu aku kenal kak Waheeda ala-ala ustazah gitu.. Takot jugak nak mngenalinya..
Ehh, tapi bila dah lama kenal, nahhh kauu hebat jugak kakak ni..
Klakor ade, laser pon boleh tahan.. Tapi dia jenis yg xsuka main kutuk org.. Bila benda tu xde kene mngena ngn dia, dia malas nak layan.. Bagus aku suka, dia jadi kawan aku start my twin resign masa aku berpantang.. Darling Shara Amyra resign sbb dapat beter offer dari Cerdik Publication.
So aku melepaskan kepergian dia walaupun aku sedih sgt..
 Bila aku habis pantang, aku try biasakan diri masa ketiadaan myra.. 
Perghhh windu gilerr.. Slalu lunch sama.. Ni tak lagi.. Kak Waheeda yg slalu follow up tanya, juma rehat ngn sape? nak lunch ngn akak tak?
Sampai aku pon naik segan.. Last2 hampir setahun genap dari aku berpantang sampai aku nak resign,
mostly genap setahun dah, aku pulak nak berenti..
Anyway aku nak ucapkan Thanks pada kakak BSSB terutamanya, kak Waheeda, terasa dia terisi kekosongan hati aku.. Peneman aku gelak ketawa masa twin aku xde.. Semalam kak Waheeda  bg mug, bolehla aku guna kat opis baru nnty tapi xsempat nak capture semalam.. Thanks kak.. Byk kasi kat juma baju2 untuk gugurl, kasut skali.. Tima kasih byk2.. Juma terima jer.. Akk jgn risau conpom pahala akk byk.. sbb mostly anak juma byk pakai baju yg akk kasi.. hihihihihii..
Luv u so much Kak Waheedaa...

WARGA BSSB
 Thanks jugak kakak yg lain K.Lia, Raja, Aida,(sebab blanja Juma hari ni makan kat Hailam Kopitiam), K.Gee, Linda, Amey, & Shira..
Sebab korang mmg sporting..
Walaupon mula2 dulu aku anti jer ngn minah 2 ekor ni Kak Lia n Kak Ina.. Entah apa yg dorang tak suka ngn aku dulu.. hahahha atas bawah dipandangnya.. Lama jugak aku try tackle hati minah 2 ekor ni.. & skg jadi kawan hebat aku boleh gelak ketawa bersama dahh..
hahahahah.. jgn marah erk kalau terbaca..

Untuk Warga BSSC - SALES DEPT
Thanks bebyk aku ucapkan pada sales department aku BSSC.. Tiba2 jer rasa sebak.. Sebab mereka semua adalah terbaik buat aku.. Sedih sbb aku nak tinggalkan kakak2 yg paling aku syg..
Diorang kuat pertahankan aku, bagi idea supaya aku jgn berenti.. sedihnya rasa.. Aku tahu mereka rasa syg nak lepaskan aku, aku pon sama.. Tapi rezeki aku sampai sini jer.. Insya Allah rezeki lain yg datang untuk aku. 

KAK LIZA
Aku paling2 suka kak Liza sbb dia slalu bagi baju baby kat anak aku.. hahahha
jahatnya aku.. seriusly, aku suka dan respect kat kak liza.. lau bab makan kene tggu dia, sbb dia ketua chef dan penentu menu makanan kami.. Tapi dia ni mmg berangin.. kadang2 dia sorang2 pon boleh membebel..hahahah.. tergelah.. Kadang2 Boss Ito pandang aku, tanya aku pasal kak Liza.. Kak Liza tu membebel ngn sape.. Dulu aku xpaham juga tapi skg lau dia cuti rasa sunyi jer opis.. Nampak tak penangan dari Kak liza.. Hebat

Kat bawah ni merupakan hadiah yg aku terima pagi tadi dari Kak Liza..
Terharu sgt.. Rasa nak nangis.. Bila dia cakap akak ada bg small gift tak seberapa dari akak..
& akak minta maap untuk semua perkara..
Sedey huarghhh.. Sebab tu juma cayang kak liza lebeh2.. hahahaha
Buat Kak Liza yg Juma cyg sgt, Juma pon minta maap jika Juma ada terkasar bahasa dgn akak atau sakitkan hati akak.. Juma minta maap dari hujung rambut sampaila ke ujung kaki..
Halalkan segala kerja2 handover juma pada akak masa juma pantang hari tu..
Thanks dan juma doakan yg terbaik untuk akak sekeluarga.. Aminnn

KAK ASHA
Kalau kak Asha, aku pon suka.. dia jenis soft sikit wataknya.. 
Ingat lagi aku pernah tinggikan suara pasal toner printer.. aku nak juga tegakkan benang yg basah.. padahal kak Asha tu yg betol.. Aku ni yg xbetol.. Hish3 kesian dia.. dia pon malas nak layan aku perangai cam budak2.. hahhaha.. tapi apa2 pon aku enjoy kawan ngn akak.. Dia rajin buat kek.. Lau dia buat kek, dan-dan tekak aku ni asik tak cukup jer.. Nak minta segan.. mana tak nya dah hentam dua pon xcukup lagi.. Lagi satu, aku suka giler puding jagung dia.. sedappp weiii.. perghhh terliur aku.. Hopefully Kak Asha maafkan juma erk, tinggikan suara dan ketidaksopanan juma pada akk..
Juma syg akak.. Muahhhh.. Anyway thanks kak Asha sbb bg Juma hadiah juga.. Tapi xdapat nak buka skg, Kak Asha tak bagi.. Malu katanya.. Xpayahla malu.. Juma terima jer setiap pemberian..
Pemberian org tu kan menggembirakan hati yg menerima.. Betol tak.. Thankssss kakkk!!
Gambar Kotak jer.. Inside rahsiaaa.. hahahhaha

KAK WATY
Kak Waty pulak, ada masanya ceria ada masa garang nak mampus.. Aku pon takot nak tegur.. Kalau mood baik amboi bukan main ketawanya.. Tapi lau mood tak baik, habis satu depatment dia marah.. yg ni xkahwin lagi.. tu yg berangin jer.. Tapi dia ni jenis yg ceria dan sgt okay.. Ramai abg2 production ngorat, dia ni jer jual mahal.. ngengada lebih ni.. hahahahha.. Kak waty ni selalu dtg awal dan dia juga slalu balik lewat.. Dan aku jarang nampak dia cuti.. MC lagilah.. Dia ni boleh dikatakan pekerja contoh.. Bagus2 sampai Boss Ito aku pon puji dia.. hermm jeles makk..

KAK INA
Lau kak Ina, okay.. orgnya cool.. Lau dulu aku xbape nak kenal, dengar cerita bukan2 jer pasal dia dari mulut org.. Aku xle cerita apa yg org umpat tak baikk.. Tp bila aku kenal, dia ni okayla.. sembang pon okay.. Tak pulak kutuk org lain.. Hish lain kali juma jgn sibok dengar cakap org, selidik dulu.. Kak Ina jgn marah erk.. Kak Ina slalu bg aku buah kiwi.. Atau apa2 makanan dialah..
Thanks erk Kak Ina.. Tadi masa aku g washroom ladies, sempat lagi kak Ina bg angpau.. Aku punya geleng kepala cakap xnak, dia tetap jugak suh amik, sbb dia segan dia xdapat bg gift kat aku.. Aku xkesahla.. Malu aku.. nak tak nak aku terima sbb Kak Ina betol2 paksa suh amik juga.. anyway thanks alot kak.. Malu Jumaaaaa.. Huwarghhhhhh.. Kat bawah ni picture Kak ina dok suh Juma amik angpau sampai bertolak-tolak Juma xnak.. huhuhuhuhu

 
KAK MILA(Gambar atas)
Kak Mila, orgnya manis, baju kurung dia semua cantik2 belaka, badan montok.. kain dia pulak kebanyakannya terbelah.. dalam ayu nampak seksinya..hiihhihi..  Peramah dan ceria orgnya.. Slalu risau berat badan naik.. Kadang2 dia merupakan teman diet aku.. Aku slalu bg semangat kat dia, kak jom diet.. Tapi letihla diet ni.. fuhhhh.. Kat opis ni slalu sgt bawa makanan.. nak diet cam ner.. nafsu xle tahan.. Apa2 pon kak mila ni jenis sempoi.. Teringin sgt nak anak GUGURL.. Juma doakan rezeki akak mengandung lagi erk.. AMINNN

KAK ILA(Gambar atas)
Lau Kak Ila, aku baru jer kenal hampir setahun.. Dia ni baru masuk keje.. Tapi sebelum ni mmg dah pernah keje ngn BSSC. berenti sekejap dan kerja semula.. Yg kakak ni aku kurang sembang.. tapi sekali sembang aku mmg boleh masokla.. Baya mak2 aku.. Sporting n open minded..
Best jugak.. Slalu bg aku makanan dessert.. hihihi aku apa lgi terima je la.. Anak dia rajin
buat kekla, kuih apamla.. baguss hopefully anak aku pon rajin mcm tu la.. Aminnn

MS.PHUAH(Gambar atas)
Ms.Phuah ni mmg garang.. Takot jugak aku dibuatnya. Selalu pandang aku mcm aku ni org bersalah.
Kalau nak senyum jgn harapla.. Aku naik rimas, kalau dia tgk aku atas bawah pastu bersosek cakap cina ngn kawan baik dia tu Hoshi..gelisah aku dibuatnya.. Mana idaknya.. Mula2 aku kerja siap jeling aku lagi tau.. hah korang tgk, balik rumah aku cuak nak g kerja esoknya.. Tapi lama2 aku try tackle hati Ms.Phuah, puji kaw2 punya hari2 hihihihi mau jugak dia bercakap ngn aku.. Lega aku.. Lepas satu azab.. Mana idaknya, Ms.Phuah ni pengaruh kuat.. Ramai org bawah ikot cakap dia.. Sekali dia cakap jgn kawan ngn si Juma, conpom semua pon xnak kawan ngn aku.. Kan susah nnty hidup aku.. hahahha.. Tapi ngn dia mmg best citer pasal nak kurus.. fuhhh mmg dia akan bg 100% kuasa pendengarannya pada aku.. Sebabnya dia ni kaki diet, bersenam.. mengalah oeg muda mcm aku ni.. 
Kesihatan dia mmg jaga betol2.. So, boleh dikatakan dia icon aku jugakla.. Lau korang tgk muka dia tu tak sesuai ngn umo dia.. Umor rahsia kang kene marah bgtau kat sini..

HOSHI(Gambar atas)
Hoshi merupakan kawan baik Ms.Phuah.. Slalu berkepit mcm belangkas.. Semalam Hoshi bg byk anak patung kat anak aku.. org bg aku amik jer.. Dia okay, suka melawa dan berfeshen.. Tok Guru dia tu Ms.Phuah la.. Lau dulu, dia ni slalu pandang slack kat aku sama mcm Ms.Phuah jugak.. Skang tak lagi.. Selalu bergurau dan rajin chit chat ngn aku.. Dia ni kaki shopping ajer.. pantang sales, laju jer shoot.. hihihi okayla husband dia kan boss.. Mampulah.. huhuhu

MS.CHAN(Gambar atas)
Kemudian aku nak citer tentang Ms.Chan, amoi tak kawen2 lagi..hahha amoi cute.. slalu panggil aku "YANG,YANG" hahahha cara cakap pon dah mcm org melayu.. dia ni mmg sempoi, sporting n kadang2 hangin tak tentu pasal.. Dia berangin slalunya waktu nak balas email ngn si Jepun.. tak padan ngn kecik hanginnya bukan main lagi.. tapi dia ni mmg berani sound boss.. yg tu aku suka.. lau rasa betol, so kita tegakkan.. jgn berani cakap belakang jer.. depan bukan main kipas.. hahahha 

Hadiah dari kakak BSSC(Kak Mila/Waty/Ila/Ina/Ms.Phuah/Hoshi) & Salesman(En.Azhar/Mr.Alan/Mr.Vincent).. Thanksssss koranggg!!
Apa2 pon aku gembira kenal korang semua.. Sgt ceria dan happy ngn diorg..
Hopefully korang xlupakan aku, n aku harap hubungan sekerja kita kekal selamanya..
Thanks sbb bagi mcm2 kat anak aku, gelang tgn, barang2 baby & mcm2la..
Apa2 pon BSSC adalah kenangan manis dan pahit dalam hidup aku.
Selamat Tinggal wahai sahabat2 ku!

Yang bestnya aku nak berhenti sebabbbbbbbb:
aku dah dapat kerjaaaaaa!!!

Tapi sebelum tu aku nak cerita, aku dan TWIN akan berkerja semula di 
CERAMIC WORLD WHITE HORSE.. 
Xsangka jodoh kami panjang, dan bekerja bersama semula tapi di company lain pulak iaitu :
CERAMIC WORLD WHITE HORSE.. 
MUMMY JUMPA KAMOO YER DARLING SHARA AMYRA..
Bergabung, MeletoooopppSSS
Yeahh nnty kita tangkap picture banyak2 erk... Muachhhh
Selamat tinggal sahabatku BSSC & BSSB!!

Monday 23 February 2015

Tutorial : Cara Link kan Menu Bar (KAEDAH FUNGSI LABELS)


As Salam,
Sebelum ini aku ada buat entry tutorial mengenai Menu Bar, korang boleh klik link kat bawah ni :


1.Tutorial : Cara Mudah Buat Menu Bar (EPISOD 1-EDIT TULISAN)


Entry kali ni sgt penting sebabnya, bila korang dah buat cantik-cantik, sekali BLURR sekejap sebab korang tak tahu cara nak link kan Menu Bar dengan Entry korang. Korang jgn panic, aku tolong ajarkan. Hopefully korang pahamlah. Aku try guna ayat yang paling senang difahami,ok!

Kalau tgk di sidebar aku itu merupakan Menu Bar yg aku dah buat.
Tapi bila klik, error pulak, tak pun button Menu Bar tu tak berfungsi pulak..
Lorrr, dah buat penat2, xde hasil kan.. Xpe, meh kita buat sama2.

Kat sini ada 2 teknik untuk link kan Menu Tab Anda :
Cara Pertama : Link Menggunakan Fungsi Labels
Cara Kedua : Link Menggunakan Fungsi Pages

Cara Pertama : Link Menggunakan Fungsi Labels
Aku guna Fungsi Labels sebabnya aku design sendiri Menu Bar aku. So aku decide & sgt prefer guna kaedah ni. Lagi pon caranya sgt senang dan selalu digunakan oleh blogger-blogger yg lain.

Contohnya : Korang ada buat pelbagai entry, tapi korang nak kategorikan entry mengikut tajuk Menu Bar yg bersesuaian. Jadi aku pilih satu Menu Bar mengenai "Tutorial Blog".
Segala entry mengenai tutorial/teknik/cara dan sebagainya mengenai blog akan digabungkan sekali secara automatik di dalam satu Menu Bar. Kalau Readers klik pada button Menu Bar "Tutorial Blog", maka segala entry mengenai Blog akan keluar. Kalau readers klik pada button Menu Bar "Resepi", semua entry yang berkaitan akan keluar untuk tatapan pembaca.

Kat sini cara untuk buat :
1. Setiap kali update entry korang, korang kena kategorikan LABELS korang mengikut Menu Bar yang korang cipta. Kalau korang rasa nak buat Menu Bar "RESEPI", korang just letak labels RESEPI setiap kali update entry mengenai resepi makanan/minuman. 
Kat atas aku labels kan : Tutorial Blog.

2. Bila entry dah siap, korang akan Publish entry tersebut. Bila korang view semula entry tadi, korang akan nampak ada labels pada bahagian bawah entry cerita korang :
Korang nampak tak yang aku bulatkan warna merah kat atas. "TUTORIAL BLOG".
Klik labels tu TUTORIAL BLOG, sebab kita nak ambil link tersebut.

3. Kemudian akan keluar mcm kat bawah ni.
http://norjumaiszi87.blogspot.com/search/label/TUTORIALBLOG
Link yang tertera kat atas tu, bolehla dicopy dan letak dalam Menu Bar yang korang ciptakan tadi. 

Cara nak letakkan link kat dalam Menu Bar :
Korang pergi balik pada Layout >> edit semula pada HTML/Java Script yg korang buat Menu Bar sebelum ni. Dan paste kan ruang yang sepatutnya :
<center>
<a href='http://norjumaiszi87.blogspot.com/search/label/TUTORIALBLOG' target='_blank'><img src='http://s5.postimg.org/61znypqab/TUTO_BLOG.png' border='0' alt="BLOG" /></a>
</center>

Yang aku boldkan tu, bahagian itu yg dipaste kan.. Bahagian lain jgn usik.
Kemudian bolehla save.

Cer View Blog korang semula, tekan pada Menu Bar yg tadi korang buat, aku sure giler,
Segala entry yg melibatkan labels yg korang namakan tadi, akan keluar semua.

Kalau tak boleh atau tak paham boleh tanya aku k!! Aku sedia membantu.

Untuk cara yg kedua iaitu :
Cara Kedua : Link Menggunakan Fungsi Pages

Aku akan cerita di next entry!

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn