Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Tuesday 4 November 2014

Alahan Ketika Hamil / MGTT / BSP &GDM

As Salam,

TRIMESTRI PERTAMA (Kandungan 1-3 Bulan)

Kali ni aku nak cerita tentang alahan aku masa pregnant.. Nak jadikan cerita, lepas jer aku tahu aku dah pregnant 3 minggu, tiba2 jer tekak ni buat hal.. mengada2 pulak rasanya.. berat aku masa tu 55kg.. Aku tahu berat aku masa ni, sebab aku kena buat Buku Merah dekat klinik kerajaan.. Aku decide nak bersalin kat Hospital Government jer.. Sebab yg aku dgr service dorang xla seteruk zaman dulu.. Mereka skg lagi terlatih, dan lebih pentingkan kebajikan pesakit.. Sambung balik cerita aku ni, mula2 aku rasa asyik nak tidur jer.. dah tidur rasa nak tidur, dah tidur rasa xcukup lagi, sambung lagi tidur.. perangai aku berlanjutan sampai ker 8 minggu (2 bulan)..

Bila masuk ke 8 mggu aku mula buat perangai, bau shower gel mandian aku tu, xboleh tahan.. aku rasa baunya mcm busuk semacam.. asal aku nak guna buat cuci badan, mulalah aku tak tahan, rasa menggelupor bau shower gel tu.. Masa tu aku pakai bauan Lavendar.. En.Husb aku cakap okay jer, wangi jer.. Seriously, aku memang tak tahan bau tu.. Aku cakap kat En.Husb minta tolong tukarkan shower gel tu dgn shower gel susu kambing.. So En.Husb ni ikotkanlah hati aku, pergi jugak beli shower gel kambing tu.. Aku try, hilang plak rasa loya, kembang semangkuk tekak aku ni.. automatik hilang.. baunya pon fresh jer.. Aku tak bg En.Husb pakai shower gel Lavendar sebaliknya, minta dia guna shower gel susu kambing aku tu.. Bermula dgn shower gel yg aku tak tahan melarat pulak bau pewangi baju aku.. Aku tak tahan bau Downy.. Aku rasa busuk semacam.. buat tekak aku ni kembang.. Aku minta tukar kepada Soflan.. Eiii sama jugak aku tak tahan.. Aku tukar pulak jenama entah apa aku pon tak tahu sampai aku fade-up.. Last2 aku tak pakai pewangi baju, hanya Breeze jer.. 

Dari 2 bulan bertukar masuk ke 3 bulan(12 minggu).. masa ni terus tekak aku menjadi2.. slalunya tekak aku jer kembang, tapi xpernah pulak nak muntah.. Nak jadikan cerita aku makin tak tahan dengan bau satu rumah aku, aku rasa mcm langsir rumah aku berbau, sofa kain aku berbau, alas meja aku berbau..terasa sesak giler kat hidung aku ni.. tensionnyer aku masa tu, Allah jer yg tahu.. sampai aku nak balik rumah pon rasa macam xnak.. Bila mak aku masak aku dah menggelupur masuk ke bilik, sendal kain untuk tutup ruang yg terbuka, takot2 kalau wap masakan tu masuk dalam bilik.. bukan tu jer, sampai hidung aku pon aku tutup dgn kain, ikat macam ninja turtle dah.. cara tu yg aku rasa paling kurangkan rasa loya dan nak muntah aku tu.. Bermulalah hari aku menjadi ninja turtle.. asal balik rumah jer, aku dah cepat2 cari kain nak ikat.. Tak boleh tahan woiii.. Asal bau sikit jer aku mesti muntah, muntah dan muntah lagi.. sampai berat aku hilang 5kg menjadikan berat aku dari 55kg kpd 50kg.. hanya sebab xtahan bau semacam dlm rumah aku.. Dan aku dapat rasakan, mak aku, adik beradik aku pon rasa menyampah ya amat dgn aku.. sikit2 tak le tahan bau.. sampai dorang nak masak pon aku xbagi.. hahahha penangan nak mengandung sgt.. hahahhahaha

TRIMESTRI KEDUA (Kandungan 4-6 Bulan)

Aku muntah2 sampai kandungan aku mencecah 4 bulan lebih (18 minggu).. Dalam masa aku muntah2 tu, bulan puasa menjelma.. Aku try jugak puasa tapi xboleh.. padahal aku xmakan pon, aku tetap jugak nak muntah.. badan aku makin hari makin lemah.. Rasa mcm xder tenaga.. tambahan aku puasa, aku tak masukan makanan dalam perot, tapi tekak ni asik nak muntah, sampai cecair yg aku muntah tu terasa pahit melampau.. kadang2 warna hijau pekat, kadang2 warna kuning.. bila muntah conpom aku xlarat.. yg aku nak cuma air jer untuk cover balik tenaga aku.. Aku bertahan puasa 15 hari jer, yg 15 ari lagi aku memang xmampu.. Nak cerita sekejap, apa yg aku amalkan masa aku mengandung, aku makan shaklee (Vita-C Plus,Vita-Lea dgn ESP), asid folic dari hospital.. Walaupon tekak aku xnak terima, tapi aku paksa jugak.. Sebab aku nak anak aku dapat antibody kuat n dapat skin cantik.. Aku try google mengenai Shaklee ni, mmg good feedback untuk ambil vitamin ni.. Kbykkan results, anak mereka gebu jer kulitnya.. Jadi aku decide ambil Shaklee sebelum aku pregnant lagi.. Aku amalkan jugak sampai tekak aku kembang.. tetap jugak aku sumbat walaupun aku nak muntah.. Bila waktu berbuka, hari2 aku minta En.Husb belikan tembikai , sebab aku nak buat air jus tembikai.. Org cakap, masa mngandung amalkan makan tembikai, wajah anak akan jadi cantik dan hensem.. So selama sebulan tu aku hanya lalu makan dan minum jus tembikai jer.. Nasi, lauk pauk memang aku tak lalu..

Bab En.Husb pulak, yg peliknya, masa aku tgh tekak kembang, dia pulak yg melebih2 nak makan itu, nak makan ini.. Aku pelik juga, kalau ari ni dia cakap "Haby, rasa hari ni nak makan Burger Bakar Abg John la.. Haby tgk mcm sedapla".. mesti kene cari jugak.. lau ari ni dia xdapat, esok dia tuntut lagi nak makan jugak.. Bila dia dah dapat makan, esoknya dia buat hal lagi,"Haby rasa nak makan sataj kacang la".. Aku pulak yg kene ikot tekak dia.. mengalah aku pulak.. yg tu paling ketara yg aku nampak kat En.Husb aku..Selalunya, En.Husb aku ni jenis xkisah pasal makan.. Ikot jer apa yg dihidangkan kat meja makan, dia mesti bedal.. Tapi yg ni lain sikit, kalau dia nak, mesti kene ikot jugak apa yg dia nak.. lau tak dapat, mcm tu la "Esok kita cari la yunk, Haby teringin sgt nak makan" hahhahaha Haby haby.. Sweet memori btol.. 

Lama2 kelamaan, tekak kembang aku makin surut.. Aku dah start boleh jamah makanan start kandungan aku mencecah 6 bulan(24 minggu)..Selera aku, makin hari makin terbuka.. Muntah aku makin berkurangan.. Bau yg busuk dah xberapa nak berbau dah.. Bermula la aku lupa nak control cara pemakanan aku.. Asal aku dapat makan jer, aku mesti nak makan sampai kenyang.. xkira dah.. aku kata aku nak, aku nak jugak.. Masa mengandung, aku xmengidam sgt.. Sebab aku jadi mcm easy-going pulak.. padahal, lau nak ikotkan, bab makan aku mesti cerewet.. Kali ni, aku nak makan yg pedas2 jer, nak kaw2 punya pedas, padahal, aku kurang makan pedas.. Dulu aku xmakan cheese, memang seumur hidup aku aku tak pernah rasa macam nak makan cheese tu.. Tiba2 tekak aku nak makan cheese pulak.. aku start dgn cheese cake, Ya Allah sedapnya rasa.. bodohnya aku selama ni xnak merasa.. asal org bg jer conpom aku cakap aku xnak.. tapi yg aku xle nak pg kalau asam2 ni.. memang xboleh.. Sebab aku jenis yg tak tahan benda masam2.. jadi masa mengandung, aku ada amik jugak asam, tapi xla kerap sgt.. sbb memang aku tak suka sgt..
Yang paling best aku suka makanan dan minuman yg maniss.. Aku dah tahu dah, anak aku ni conpom ikot tekak En.Husb aku.. En.Husb aku jer yg suka makan pedas, cheese ala2 western ni, dgn manis.. bagilah kat dia mesti bab manis tu laju jer.. rupanya, setelah diuji-kaji, makanan yg anak aku paksa aku makan adalah makanan ikot tekak bapanya..
Bagus punya anak.. Nasib baik aku cyg anak aku ni, ikot kan jer la tekak ni..

Disebabkan aku suka makanan manis, berat aku naik mendadak.. habiss akuu.. kena marah dek doctor.. Doctor membebel2 cakap berat aku sebulan naik 3 kilo, sepatutnya kena naik dlm masa 2 minggu naik setgh kilo jer.. yg aku ni dah melampau.. terus high level aku letak.. mana x doctor tu bising.. kuikuikui.. disebabkan itu, doctor suruh aku buat MGTT..Amek engkauuu.. padan muka.. hahhaha

MGTT(MODIFIED GLUCOSE TOLERANCE TEST)

Hah, untuk aku memang sgt sesuai la.. sbb mmg aku malas nak control makan.. aku mmg bg punya dekat tekak aku ni, sebab aku nak balas bape bulan punya aku xde selera.. Balik2 ini lah hasilnya.. Okay untuk lakukan proses ni, aku agak kecut perot jugakla.. menangis jugakla balik rumah, bila doktor cakap kemungkinan awak ni ada kencing manis.. mau aku xmelalak.. takot weiiii.. So hanya melalui proses ini sahaja untuk tahu, sama ada aku ni ada kencing manis atau tak.. 

Untuk prosedur MGTT ni, aku diminta berpuasa dari jam 10 malam pada hari sebelum temujanji untuk lakukan MGTT.
Pagi keesokan harinya, 8 pagi aku kene pergi makmal klinik untuk amik darah 2-3ml untuk diuji kandungan glukosa.
Selepas darah diambil, aku diminta untuk minum air glukosa yang disediakan 75mg glukosa dicampur dgn air kosong sbyk 200ml.. aku ada jugak google pasal ni, majoriti jawapan agak menyeramkan.. jawapan mereka xboleh nak telan.. sebab glokose nye pekat sgt.. kalau muntah kene repeat lagi.. itu yg aku takot.. patut la pihak klinik suruh berpuasa, kalau lapar terus bedal jer air gula tu.. hahahaha pikiran aku la.. tapi sebenarnya diorang nak kan ukuran jawapan yg sebenar tahap bacaan gula dalam darah, sebab tu kita disuruh berpuasa..
So, aku pon minum air glucose tu.. xla seteruk mana pon.. Mungkin disebabkan aku ni suka bebenor dgn benda manis ni, seteguk terus aku shoot.. non-stop.. sedap pulak rasanya.. hahahaha..So bagi pendapat aku, lain org lain rasanya, lain orang lain jugak pendapatnya.. Bagi aku, okay jerr.. Lepas aku minum, aku kene tunggu 2 jam lagi..


Okay aku nak ajar cara bacaan dia macam mana :

FBS (FASTING BLOOD SUGAR)
Bacaan pertama yg diambil pada sampel darah : 3.0mmol/L - 5.5mmol/L (NORMAL)
Untuk bacaan ni aku dapat 3.8mmol/L

Lepas 2 jam, darah aku diambil lagi skali untuk melihat tahap toleransi gula dalam badan aku ni..
Bacaan kedua yg diambil selepas 2 jam minum air gula : 
NORMAL : < 7.8mmol/L
IMPAIRED : 7.8mmol/L - 11.0mmol/L
DIABETIC : 11.1mmol/L

Dan bacaan aku adalah jeng jeng jeng... 7.8mmol/L

Padan muka ko JUMA oiiii.. kan dah terjejas.. So aku kat sini nak isytiharkan yg aku ada kencing manis.. slalunya kencing manis ni, hanya dapat kesan masa mengandung jer, bila dah bersalin, pihak klinik akan test lagi untuk ketahui kita ada kencing manis atau tak.. kena lalui proses yg sama lagi..
Di sebabkan bacaan aku 7.8mmol/L, so aku dipaksa pula untuk lakukan BSP 2 minggu skali.. apa itu BSP??

BSP(BLOOD SUGAR PROFILE)

BSP ni kena ambil darah sebyk 4 kali dlm 1 hari (8am, 10am, 2pm, 8pm) dan kene buat setiap 2 minggu. Lepas buat BSP, esoknya kena jumpa doktor pula sbb nak review results..
Memang masa aku buat ni agak melecehkan lah.. Sebab aku xde tempat nak test blood tu.. Jadinya aku kene pergi klinik byk kali.. jadi fade-up pulak rasanya.. Untuk memudahkan aku, aku try pinjam kat kakak opis aku.. rezeki aku ada pula kakak opis ni, dia masih lagi keep ACCU-CHECK ni. Dia pon offer nak bg aku pinjam benda alah ni..
Aku pon pinjamla kat kakak ni.. daripada 4kali sebulan nak pg ulang alik klinik tu, aku hanya pg 2 kali sebulan untuk review keputusan.. keputusan yg aku dapat2 mula2 
(5.2, 4.8, 7.8, 6.5) .. Doctor bising jugakla, ada 7.8 kat situ.. So dia suh aku GDM pulakkk..

GDM(GESTATIONAL DIABETES MELLITUS)

Merupakan masalah kencing manis / gangguan penyerapan gula yg terjadi di kalangan ibu yg mengandung. Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan horman dlm tubuh ibu yg mengandung. Di mana peningkatan hormon2 lain telah meningkat dan menganggu kecekapan fungsi hormon insulin. Menyebabkan insulin gagal mengawal gula dlm darah ke tahap yg lebih normal.
Sebab itu semasa mengandung ibu2 akan mempunyai gula dalam darah yg tinggi walaupon corak pemakanan sama saja sebelum pregnant.

Fakta yang baik punya pasal GDM ni : ia akan hilang slpas bersalin(kiranya bukan permenantla)..
Untuk yg xbestnya pula : sesiapa yg pernah kena GDM, berisiko tinggi untuk kandungan yg seterusnya atau terus kekal selepas bersalin.
Ini disebabkan oleh :
1) Tak jaga makan - pantang nampak makanan nak sebat jer.. ini kira kategori aku la..haha
2) Overweight & Obese - untuk yg ni try kekalkan berat badan yg ideal
3) Keturunan

Sebab tu doctor suruh buat BSP ni dgn GDM.. control2 sikit jgn ikotkan perasaan.. 
Okayla, nnty kita sambung next entry erk.. 

1 comment:

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn