Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Sunday 30 November 2014

AKU BERSALIN 27/1/2014 (Episod 4)

As Salam,

Aku sambung lagi entry kali ni..
Aku dekat Labour Room..
Aku sangka aku terus jer masuk Labour Room, rupanya aku kena menunggu turn kat luar Labour Room.. Ramai lagi yg tgh tunggu turn nak bersalin.. Kat luar Labour Room tggal aku ngn lagi sorang India nak bersalin.. 
Masa menunggu aku dengar ramai yg menjerit nak push baby keluar..
Siap jugaklah dengar suara Doktor marah..
"Tolong jgn menjerit, awak ni Islam ker apa? Tak reti mengucap ker"
Haishhh garang betol doktornya..
Jadi bila aku dengar macam tu, cepat2 aku istighfar panjang.. 

"Ya Allah, Kau permudahkanlah kelahiran bayi ku ini..
Dengan Kesakitan yg Kau berikan padaku, Aku redha Ya Allah jika ini menghapuskan dosa2 ku yg telah lalu.. Kupohonkan kepada Mu Ya Allah, jadikanlah anakku dikalangan anak yg solehah.. Anak yg bertanggungjawab dan mendoakan kami sebagai ibu bapanya sepanjang kehidupannya..
Aminn perkenankanlah doaku ini"

Perut aku memulas, sampai aku dah lupa diri, Doktor saya rasa mcm nak beraklah doktor..
Saya tak tahan sgt ni..
Terus, doktor tolak katil aku masuk Labour Room. Maaflah kakak India, aku dah potong Q akak.
So, masuk kat Labour Room, doktor selok lagi.. "Patient ni dah ready"
Yg aku pulak tak abis2 menggelupor, "Doktor, sya nak pergi toilet saya nak berak.. Sakit sgt nih"
"Tak pe2 awak berak jer kat sini"
Mulala aku bengang, mana aku selesa nak berak kat situ.. serius aku mmg rasa nak berak sgttt..

Doktor tanya lagi "Awak last kencing pukul berapa?"
Aku jawab "Pukul 5 petang tadi."
Jam kat dinding pukul 9.30mlm.. So doktor xcakap banyak, terus jer dia masukkan satu tiub ke
pundi kencing aku, Tiba2 jer aku rasa keluar air melampau byk..
Sampai doktor tu pon cakap "Banyaknya air kencing awak, bape byk awak simpan? Ni kalau xbuang air kencing dulu, baby xboleh keluar.. Terhalang dgn air kencing awak ni"
Aku hanya diam sambil menahan sakit perot sekejap2 mengeras, sekejap lagi aku rasa mcm nak berak.. "Okay, nurse dah stanby, skg awak kata nak berak teran jer..Kalau nak teran pandang perut.. Hembus tarik nafas cepat2 dan hembus lagi.."
Aku angguk jer.. Sekali lagi aku rasa nak berak "Doktor saya rasa sakit perot"
terus jer doktor cakap "Keluarkan dan terannn"
Automatic aku meneran sekuat hati sambil pandang perot aku..
"Prapppp"
Terasa doktor toreh Ms.V aku.. Serius part tu tak sakit.. yg sakit perot dan pinggang aku ni..
Memang org cakap kalau nak bersalin rasa mcm nak berak..
Sekali lagi perot aku mngeras, dan sekali lagi aku rasa nak buang air besar..
Doktor jerit lagi "Teran sekarang, tarik nafas dan hembus"
Aku pon buat.. separuh nyawa aku tarik nafas dan hembus sekali meneran..
Ya Allah hebatnya rasa sakit ni.. Sungguh tak tertanggung rasanya..

"Blurrppp" Aku rasa benda keluar dari Ms.V aku.. Memang terasa giler..
Ya Allah anak aku.. Itu anak aku? Anak aku ker tu?
Sebelah doktor pegang anak aku, sekali lagi doktor cakap 
"Terannn" Blurpp keluar lagi sekali..
Kali keluar tali pusat anak aku.. Terkejut aku.. Aku ingat ada lagi sorang baby ker..
Sekali tali pusat anak aku daaa..
Dalam keadaan anak aku bersalut lendir dan sedikit darah, doktor letak kat dada aku..
Aku pandang dia, dia pon mcm pandang aku..
"Welcome to this world my dear, time 11.11PM 27/1/2014 
Aku telah melahirkan seorg bayi perempuan"
Dalam hati aku berkata.. Alhamdulillah..Mummy sygkan kamu dunia akhirat..
Indahnya perasaan bila melahirkan anak.. Hilang segala kesakitan aku sekejap tadi..
Sedang lali aku menilik setiap raut wajah anak aku, sambil tu jugak nurse menjahit Ms.V aku..
Mulanya aku tak terasa, bila anak aku di ambil untuk dimandikan, time tu aku terasa jahitan nya.. dengan jarum ala2 nak memancing ikan.. seram dan sakitnya Ya Allah..
Satu lagi kesakitan yg aku kena lalui..
Bius pon aku tak rasa dah, yg rasa setiap jahitan mata kail jarum tu.. Sakitnya..

Sampai naik kebas kaki aku menahan sakit..
Hampir 30minit menjahit sebabnya yg menjahit tu budak praktikal, aku rasa mcm nak tendang jer..
Sampai jer nurse baju biru lalu, aku cakap, aku xnak dia buat sbb sakit sgt
dan saya rasa lama giler dah.. 
So nurse baju biru tu pulak sambung jahit..mungkin yg berpengalaman
sbb aku tgk mcm dah berumur sikit.
Conpom praktikal tu berbulu ngn aku..
Lantaklah aku yg sakit, ko tahu jahit jer.. So selesai semua, nurse bagi baby aku ngn tali pusat..

Alhamdulillah lega untuk ari ni, En.Husb n mak tunggu luar bilik Labour Room..
Sambil ikot aku masuk wad bersalin semula..
Malam tu aku kluar dari Labour Room pkul 3pagi..
En.Husb pon pelik dari 9.30PM-3.00AM..
Kenapa lama sgt..Aku rasa mcm xlama.. tapi terkejut jugak masa yg aku amik agak lama..
Mungkin turn aku menunggu tadi terlalu lama kot..

Itulah story morry aku Buat anak aku tersyg :
MIKAYLA NURISLAM SOPHEA
27/1/2014, 11.11PM, 2.95KG
Mummy sygkan Gugurl sepenuh hati Mummy Dunia mahupun Akhirat..

AKU BERSALIN 27/1/2014 (Episod 3)

As Salam,

Last entry aku ada cakap pasal Contraction..
Ist aku nak kenalkan pada korang apa maksudnya Kontraksi @ Contraction ni..

Dalam kepala korang dan aku rasanya perkara yg sama bermain..

"Ehhhh.. Ni sakit main2 ke? atau aku betul dah nak bersalin??"

Pasti mommies yg 1st time agak confused bila mengalami rasa contraction ni..

BAGAIMANA RASA CONTRACTION?
APA ITU CONTRACTION?

Contraction ni rasanya seperti senggugut yg lebih teruk sikit rasanya berbanding senggugut biasa..
Bagi yg tak pernah mengalami rasa senggugut agak susah nak kenalpasti..
Senang nak cakap, kalau yg tak pernah rasa senggugut, pernah tak rasa mcm sakit perot nak berak yg tak tertahan sgt.. Selagi tak buang, selagi tu tak kena dibuatnya..
Actually, contraction ni berlaku disebabkan otot rahim mengecut iaitu bahagian uterus kita.
Kalau kita letak tangan atas perut, memang dapat rasakan yg perot kita sedang tegang dan mengeras.. Kadang2 tu memang sgt xselesa.. kerana kesakitannya sampai keliling pinggang.. 

"Ehh, perot aku ni sekejap2 mengeras!Ni contraction ker?"

Yer, memang betul.. Bila perut mengeras tu salah satu contraction sedang berlaku. Cuma yg membezakan adakah contraction ni main2 atau rasa sebenar nak bersalin..
Kat sini mommies2 kene amik tahu untuk bezakan sakit palsu atau sakit sebenar.

Dan pastinya, apa yg aku rasa dari pukul 4.00AM mmg sebenarnya aku nak bersalin.. Dan sememamngnya contraction sebenar.. Perot aku akan mengeras.. Makin lama makin kerap.. Dari setengah jam bertukar, kerap kepada setiap 15 minit..
Memang tahap menggeletar aku menahan kesakitan..
Selagi mulut aku boleh kumat-kamit baca surah Al-Fatihah, 3-Qul, dan Ayat Qursi, selagi tu lah aku dok repeat berpuluh kali..
Hanya Allah dan aku yg tahu kesakitan nya mcm mana..

BAGAIMANA NAK TAHU BEZA ANTARA BRAXTON HICKS
DGN RASA SAKIT BERSALIN SEBENAR?

Contraction palsu dipanggil Braxton Hicks. Tujuannya adalah untuk melatih badan ibu khususnya otot2 rahim supaya bersiap sedia untuk bekerja keras bila tibanya waktu bersalin yg sebenar.
So, kat sini aku nak bgtau contraction yg korang alami itu sebenarnya Braxton Hicks ker atau mmg betol dah sampai masanya korang nak bersalin.

Cuba check kalau ada tanda2 mcm kat bawah ni maksudnya mommies sedang alami Braxton Hicks:
  • Biasanya sakit tidak melebihi satu atau dua kali sejam, mungkin sekali atau beberapa kali dlm sehari.
  • Biasanya sakit akan berhenti bila mommies tukar posisi. Contohnya, kalau tgh berjalan, cuba pulak duduk..
  • Sakitnya tidak teratur dan tidak konsisten.. Kalau konsisten pun sekejap jer.. Sakitnya tidak boleh diduga.. Kalau sakit bersalin kekerapan sakit boleh dikira setiap selang berapa minit..
  • Sakitnya tidak lama sgt, biasanya kurang satu minit.
Tapi, contraction yg dialami benar jika berlaku seperti di bawah ini :
  • perut akan mengeras dengan jangka masa agak lama.
  • Kesakitan lebih teratur, kerap datang sakit dari setengah jam kepada 15 minit. Dari setiap 15 minit bertukar kepada 5 minit.. dan seterusnya..
  • Kesakitan nya lebih kuat, dan contraction akan rasa lebih lama, lebih berkala dan lebih sakit.
Dan selalunya, bila mommies masuk wad, soalan yg doktor akan tanya, contraction dah berapa minit sekali? So di sinilah pentingnya mommies kena catat berapa lama contraction ini berlaku,
berapa kerap(10 minit sekali/ 5 minit sekali dan sebagainya).
Kebiasannya mmg lebih sakit bila contraction yg berlaku setiap selang 5 minit, sebab serviks mommies sedang terbuka..

Bagi pengalaman aku, dari 4 pagi sampai pukul 9 pagi hari esoknya 26/1/2014, sakit aku makin kerap.. Ms.V aku makin berdenyut.. Pinggang aku sakit yg amat, macam ditarik2..
En.Husb mulanya nak pergi kerja tak jadi nak pergi.. Cepat2 dia bgtau dekat mak aku..
"Mak, saya rasa Juma tu mcm nak bersalin.. Asyik menangis dari pukul 4 pagi.. Saya ajak dia pergi hospital, dia xnak"
Mak aku bergegas masuk ke bilik aku.. Dalam keadaan aku berdiri, menggenggam penghujung katil aku, tiba2 mak aku masuk.. mak aku cakap "Ehh, ko ni nak bersalin dah.. Pergi bersiap cepat"
Aku terkejut.. Ye, mmg aku dah rasa kesakitan melampau.. nak taknak aku akur dah bersiap..
Dalam keadaan sakit aku mandi sambil menangis.. Sekejap2 perot aku memulas dan mengeras..
Tak tertahan aku menanggong sakitnya Ya Allah..

Setelah siap berpacking, barang2 baby semuanya aku dah siap bungkus awal2 termasuk barang aku dan buku merah.. En.Husb bawa aku pg hospital Ampuan Rahimah.. Memang dari awal lagi aku decide nak bersalin dekat hospital kerajaan.. Jadi, aku tak pening kepala last minit.. Lagi pun rumah aku ngn hospital lebih kurang 10 minit jer, kalau xjemla..
Hanya sehari jer aku bertahan duduk kat rumah..Baru jer ari tu admit Jumaat lalu, ari Sabtu discaj.. Haishh Ari Isnin masuk semula.. So, aku lalui proses yg sama..
Nasihat aku, kalau mmg betol nak bersalin sakit sgt, dari rumah xpayah pakai pakaian dlm..
Amat menyusahkan dlm keadaan sakit, time tu lah nurse check suruh tanggal kan semua.. 
Aku yg tgh sakit ni, terpaksa masuk toilet sekali lagi dan tanggalkan apa yg patut..
Air mata ni jgn cakaplah asyik berjurai menahan sakit..

So, masa ni dekat wad kecemasan bersalin, doktor tanya soalan yg sama.. Contraction dah berapa minit sekali.. So aku terus jawab setiap lima minit.. Jadinya kerja aku mudah, kerja doctor pon mudah.. Doctor terus fokus dekat aku.. Mula adegan masukkan jari dekat Ms.V.
Nak tahu berapa cm dah buka.. Doktor check dan inform pada nurse, dah buka 4 cm..
Aku agak terkejut.. Tak sangka rupanya yg aku sakit sgt rupanya tgh buat proses nak buka cm.
Rasa mcm singkat jer waktunya.. Kemudian doctor check CTG baby.. Baby tgh aktive bergerak.. mungkin dah xsabar sgt nak keluar..

Selepas semua doktor check, aku kena hantar wad bersalin.. Masa ni dia tak doktor dan nurse xkacau aku.. mereka akan buat xtahu jer kalau mommies mngerang atau apa.. Sebabnya mmg proses ini setiap mommies akan jalani.. Mengalami kekerapan contraction yg semakin kerap berlaku..
Sama mcm aku, aku mmg xlalu makan dari pagi, Sakit aku makin kerap.. Sekejap2 aku mngerang kesakitan sambil menyebut Ya Allah.. ringankanlah kesakitan ku ni..
En.Husb sebelah aku berpeluh2.. tak senang duduk dia dibuatnya.. Masa ni aku tak dapat nak fokus pada En.Husb.. Mak aku x putus2 berkumat kamit membaca ayat2 suci Al-Quran..

AIR SELUSUH

Sampai satu tahap, aku mmg tak tahan, "Mak ju nak minum air selusuh"
Mak aku tanya "Betul dah nak minum ni?" Aku cuma angguk kepala.. Air Selusuh ni aku dapat dari Makcik  yg tinggal berdekatan dgn masjid taman aku.
Apa yg boleh aku cakap, Air selusuh memang mempercepatkan mommies untuk bersalin.. Bila saat nya tak tahan dan tak tertanggung sakitnya, time itulah yg paling sesuai untuk minum.. 
Tolong jgn minum air selusuh kalau tak sakit.. Takotnya, Ms.V tak buka lagi, tapi baby dlm perot dah menggerodak nak keluar.. Itu mmg sgt bahaya..
Dari pengalaman aku, bila dah sakit sgt, baru lah minum..
Apa yg mak aku buat, Dia selawat dulu air tu, kemudian bagi aku minum.. Air lebihan aku minum, Mak aku sapu dekat perot sambil selawat dan sapu satu badan aku..
Masa tu pukul 5.00petang.. Mulanya aku dapat rasa relax sikit.. Tambahan badan aku baru lepas injection.. Sebab aku mmg tak tahan sgt.. Tapi maslahnya dah inject pon sama jer rasa sakit yg aku rasa.. xder beza pon.. Cuma buat aku rasa berkhayal.. Mcm org slalu sebut lalok..
Yer, mmg aku rasa mcm berkhayal.. Dlm keadaan berkhayal, aku menangis sbb sakitnya..
Lepas aku minum Air Selusuh, sakit tu kurang sikit.. cuma sekejap saja.. Tiba2, perot aku buat mengerodak.. Memang xsenang duduk.. 

MINTA MAAP

Time ni aku minta maap dekat mak aku.. "Mak maapkan Ju selama mak jaga Ju.. Halal kan segala makan minum Ju selama ni.. Doakan kelahiran anak Ju"
Aku tgk mak aku menitik air matanya.. Sambil dia mengangguk, dia suruh aku beristighfar..
En.Husb kat hujung kaki katil.. Aku malu nak minta maaf berdepan, jadi aku tulis mesej hantar minta maap dekat En.Husb.. Isi mesej xpayah lah bgtau.. Malu pulak aku..
En.Husb cuma cakap "Haby halalkan segala-galanya"..
Aku lega dgr.. Perot sakit aku menjadi2.. kali ni boleh aku katakan hampir setiap 10 minit sakitnya..
Doktor check semula dgn masukkan jarinya sekali lagiiii..
Okay dah 7cm buka.. "Alhamdulillah" Sekejap jer dah 7cm.. 
Doktor nak pecahkan air ketuban aku guna satu batang kayu plastik..
Tub.. Tiba2 aku rasa panas jer celah kaki aku ni.. Air ketuban mula keluar.. 
So, Aku lagi skali buat CTG.. Baby bergerak aktive..
Aku makin tak tertahan kesakitan..

Lebih kurang sejam kemudian, doktor dah tgk aku mcm menggelupor menangis teresak2 menahan sakit.. Doktor selok lagi.. Doktor cakap " Dah 9cm, boleh masuk Labour Room"
Lega aku dengar.. Aku pon dah tak tertahan menanggung..

Aku sambung next entry okay.. 

AKU BERSALIN 27/1/2014 (Episod 2)

As Salam,

Sambung balik entry aku yg lalu.. Kan aku admit hospital sbb darah tinggi.. Aku beriya sgt nak keluar sebelum 25/1/2014.. Gara2 kawan opis En.Husb nak blanje makan kat SALOMA..
Terok kan.. Aku tak tahu la nak cakap mcm mana.. Aku mmg xle control nafsu makan aku.. Walaupun aku di isytiharkan pengidap kencing manis smasa mengandung, itu semua x menghiraukan dan tak menghairankan aku.. Yg pasti perot aku kenyang dek makanan.. Barula hati aku gembira.. hahahha..
Berat aku sebelum mengandung 55kg..
Selepas 9 bulan badan aku bagai dipam2 dengan angin, mencapai sehingga 72.5kg.. 
In total 72.5kg-55kg = 17.5kg.. Mmg mcm tong drum.. Dahla pendek, gemuk pulak tu..
X ker mcm ayam katik.. hahahahha.. Selepas discaj, aku keluar cepat2 dan bersiap.. sbb malam ni, Kawan Opis En.Husb aku nak blanje makan malam kat SALOMA..
Aku pon xtau sedap ker tak.. Tapi mmg buka selera aku..

Lepas siap, En.Husb drive dari Klang sampailah KL SALOMA.. Aku sempat snap jugakla..
Korang mesti cakap xboleh blah tgk muka aku.. Sbb aku pon rasa mcm xboleh blah.. Menyampah pulak tgok muka aku ni.. Bala gemokk..
Hahhhhh nampak tak.. gemuknya aku.. ni date dia 25/1/2014.. 
Mmg aku ngidam sgt nak makan kat sini.. 
Cantik tempat ni.. 
Kakak Opis En.Husb suruh order menu masing2..
Aku oder Nasi goreng ape ntah.. ada sate sekali, keropok ngn arca buah.. 
Plate Saloma ni mmg besar, isi pon boleh tahanla..
Tapi disebabkan aku pregnant, mmg makanan dia xmencukupi buat aku dan baby aku dlm peyot ni..
En.Husb makan lamb chop.. Dia pon sama jugak xbape nak kenyang.. 
Gamaknya perot kami laki bini masa ni, mmg kebulur semacam.. 
Org lain relax jer siap sendawa.. hahahhahaha
Untuk mlm tu, Alhamdulillah mudah2an rezeki kakak opis En.Husb dimurahkan selalu..
Sbb kakak ni mmg rajin blanje kitaorg.. Rezeki murah agaknya.. Mmg rasalah kekerapan kakak Opis En.Husb ni blanja.. Kami jer xtahu bila lagi nak blanja.. asik menerima jer.. memberi xtau bila lagi.. Tunggu erk I.Allah one day kami pulak blanje korang.. hahahhaa

Malam tu, lepas makan, lepas aku idamkan nak sgt makan kat SALOMA, aku ngn En.Husb sambung beli burger kat kawasan rumah.. Nak tampong space2 kecil yg berlubang dalam perot.. kira nyte supperla.. sedap jugak.. xde yg xsedap hujung2 pregnant ni.. semua sumbat dlm mulut semuanya sodapp dan menyelerakann.. yer dak mommies2 to be??
Kenyanglah jugak perot aku ngn burger ayam abg ni.. 
Lena tidur aku malam tu.. Sambil Baby dalam peyot aku mengeletek keaktifan dlm peyot aku ni..
Mungkin tgh merasa burger ayam ni..

26/1/2014 4.00AM
Tapi aktive baby aku lain mcm pulak aku rasa.. Rasa sakit pinggang tiba2 menyengat..
Malam tu, aku pusing ke kanan, dari kanan aku pusing ke kiri..
Tiba2 aku rasa perot sekejap2 tegang.. Tapi yg paling terok aku rasa sakit dekat pinggang.. Keliling pinggang rasamcm dijerut2,,
Ya Allah sakit nya Ya Allah..
Aku mula menangis.. menangis dan terus menangis..
En.Husb asik tanya, nak pg Hospital tak.. Aku geleng kepala.. 
Aku cakap due aku lambat lagi.. 31/1/2014.. Lebih kurang seminggu lagi..
Aku sure yg aku rasa sakit ni bukan nak bersalin.. Apa ker, slalu nya org cakap kalau sakit, ada rasa sakit contraction bersalin..
Masalahnya aku pon tak tahu rasa sakit contraction tu mcm mn..
Jadi aku cakap kat En.Husb yg aku sakit pinggang sgt..
Senang nak cakap aku sendiri pon confuse sakit bersalin mcm mana..
Yang aku tahu, sakit ni mmg tahap melampau..
Bahgian Ms.V rasa sgt berdenyut.. Keliling pinggang rasa sakit melampau.. rasa mcm ditarik2 tulang pinggang ni.. En.Husb pulak tak abis2 cakap "Haby rasa cyg ni nak bersalin lah.."
Aku pulak rasa hangin semacam.. 
"Masalahnya haby, kalau nak bersalin xper.. Ni tidak, duduk kat hospital punya lama, baby xkeluar..
Dear xnak pg lagi, saya belum nak bersalin.."
Sambil nangis aku cakap kat En.Husb.. Padahal aku sendiri takot.. Yer ker aku nak bersalin.. mcm ni ker rasanya nak bersalin.. apa maksudnya dgn Contraction?

Hah kita sambung next entry okay..

AKU BERSALIN 27/1/2014 (Episod 1)

As Salam,

Entry yg sgt aku suka dlm hidup aku.. Pengalaman aku bersalin.. Pengalaman yg sgt berharga dlm hidup aku.. Sebabnya proses bersalin setiap org adalah berbeza.. Pengalaman semua org xsemestinya sama.. Kemungkinan dlm 100 cerita, satu jer sama cerita dia dgn aku..

Okay, bermula awal tahun January 2014, genaplah kandungan aku 9 bulan.. Anak yg aku kandungkan selama ini dgn penuh kasih & syg sehinggalah sampai ke minggu 2 terakhir sebelum aku due 27/1/2014, aku check up seperti biasa.. Entah mcm mna darah tinggi aku naik secara mendadak.. 160/90.. agak tinggi.. 
So doktor suruh aku rehat sekejap, relax dlm 20 minit..
Kemudian, doktor ambil lagi tekanan darah aku.. 150/82..
Doktor cakap, dia takde pilihan, terpaksa hantar aku guna van ambulans dari klinik kesihatan Bandar Botanik ke Ampuan Rahimah.. Aku yg dlm ketakutan.. pergi dan ikot saje la.. Sebab nurse xbagi kita lepas dari pandangan dia.. dlm pikirannya, dia takot kita xpergi, cabut lari.. So, aku xde pilihan.. kereta aku terpaksa aku tinggalkan kat klinik tu.. Telepon En.Husb cakap kene admit..
Tarikh masa tu 24/1/2014.. Due aku sebenarnya 31/1/2014 sempena Chinese New Year.
So aku pon pergi lah dgn ambulan, masuk ke wad kecemasan..
Barang kemas semua aku cabut sebab aku takot nnty kalau terlelap, hilang barang kemas aku yg xseberapa ni.. Ramai kengkawan aku pesan awal2, suruh tanggalkan.. Kalau tak tanggal, bangun tidur dah lesap.. WaAllah Hu Alam..

Hari pertama aku kat Hospital Ampuan Rahimah,
Agak takot jugak.. Dekat Wad kecemasan tu, doktor check blood pressure, memang masih tinggi..
Aku rasa mcm biasa.. aku tak pening pon.. Rasa okay jer.. Mungkin dah nak dekat hari, hormon jadi tak menentu..
Lepas check, doktor buat CTG untuk check baby, keaktifan baby.. Al-maklumlah, baby aku mmg xbape nak aktive waktu pagi.. Waktu mlm jer dia rajin exercise sampai senak perot aku..
So, CTG yg hampir 3 jam aku melengung baring kat situ, xde function sgt.. Last2, doktor scan baby aku.. Nak tgk dia buat apa.. Bila scan, doktor cakap, pergerakan baby okay.. mungkin tgh tidur sbb tu xberapa nak aktive.. Aku dah cakap, tapi doktor yg xnak dgr.. Kannn..

Lepas check semua, barulah nurse hantar aku ke wad bersalin.. Ada yg aku dgar tgh mengerang sakit, sampai meremang bulu roma aku.. Yg ni mmg bg aku bertambah pressure.. Nak dijadikan cerita, sebelah katil aku ni, warga Indonesia.. Kakak tu dah pernah bersalin sekali dekat Ampuan Rahimah, jadi dia dah pengalaman.. Malam tu, tgh sedap aku baring, Kakak sbelah katil ni asik mundar-mandir.. Sambil muka menahan sakit.. Xsenang duduk aku tgok.. Jam nak dekat 10mlm.. Aku tgk sakit dia ni lain macam.. Dari dia mundar-mandir, dia baring pulak kat katil sebelah aku.. 
Dah agak lama dia baring sambil mengerang kesakitan, tiba2 dia menjerit..
"Ya Allah sakitnya.."
Aku yg sedap tgh berangan termenjerit sekali terkejut dek kakak tu menjerit..
Lagi skali dia menjerit "Nurseee, saya nak terkeluar dah ni"

Aku yg kat sebelah katil mulalah panic.. Darah kat tilam dia dah makin banyak.. Nurse lebih kurang 3 org berlari laju menuju kat katil dia.. "Awak jgn bersalin kat sini, bersalin masuk kat labour room" sambil tangan nurse menekan2 kat celah kangkang kakak tu.. Aku rasa mesti kepala baby tu nak keluar.. Agak tegang jugakla.."Kan saya kata jgn teran, awak jgn terann.. tahannnnnn"
Nurse tu menjerit lagi..
Yang pastinya, aku mmg clear giler nampak kakak tu teran baby dia.. mmg dah tak tahan sgt lah tu..
Tiba2 aku dgr " Huwarghhhhhhhh" baby kakak tu dah keluar..
Alhamdulillah dlm hati aku.. Oooo mcm tu rupanya bersalin.. mcm senang jer.. tapi takot pon ada..

Nak jadikan cerita, nurse dtg check blood pressure aku pukul 12.00AM, 180/92.. amik kawwww..
"Hah, ni kenapa tiba2 naik mendadak ni?? Mesti tgk kakak sebelah bersalin ni.. Tu yg tiba2 naik mendadak" Sudah.. pressure aku naik lagi.. mcm mana nak kluar ni.. esok ari Sabtu ni, kawan opis En.Husb aku ajak makan kat SALOMA restaurant.. Ruginya aku tak pergi untuk menambahkan berat badan aku ni.. Haishhh.. "Ni, lau tak turun esok, saya xbg keluar"
Huarghhhh lagi aku nak menangis.. So, aku cuba relaxkan diri aku, cuba untuk lelapkan mata, dengan harapan mudah2an esok aku boleh discaj..

Hari kedua aku di Ampuan Rahimah, tengah sedap2 tidur, pukul 5.00pagi, boleh pulak nurse gerak nak check blood pressure.. Aku dlm keadaan mamai, bagi jerla tangan.. 150/78.. Okay, dah turun sikit.. lega aku.. Aku pon sambung balik tidurrr..
Pukul 8.00pagi, aku dah siap mandi, menunggu muka tercongok lau nurse nak check pressure aku..
Xdatang2 pulak nurse ni.. last2 aku menunggu sampai pukul 12tgahari baru nurse check..
Aku pon beriyer cepat2 bagi tangan, sambil tanya "Nurse saya boleh kluarkan ari ni?"
"Hish awak ni, dari semalam xabis2 tanya soalan ni.. Bukan saya yg putuskan awak boleh kluar ari ni ker tak.. Awak kene tunggu Doktor yg putuskan boleh kluar ker tak?"
Eiii geram pulak aku.. punahlah harapan aku nak makan kat SALOMA.. menci2..
Bacaan aku 140/60.. Nurse cakap mungkin aku boleh kluar.. tgk aku dah mcm xmenyabor nak kluar.. So awak tnggu Doktor yg Besar punya, akan decide sama ada awak boleh kluar atau tak..

Pukul 4.00PM Doktor tu pon datang, pantau results patient satu persatu.. aku dah xsabar menggelupor nak doktor dtg kat katil aku.. Sampai jer turn aku, aku dah buat drama.. "Doktor, pressure saya dah okay, saya nak kluar ari ni doktor? boleh?" Doktor tu balas, "Tak payahla, tunggu sampai due jerla.."
Nak menangis aku dengar.. Terus aku buat muka sentap.. Menci aku nengok Doktor tu..
"Hahahahhah, okaylah awak dah boleh discaj ari ni.. Telepon Husband awak suruh amik"
Wahhhhh syioknyerrrr.. dapatlah aku makan kat SALOMA..

Proses discaj agak lama jugak.. Dari pukul 4.00PM aku dok tunggu2 bila boleh keluar, last2 pukul 6.00PM baru settle.. Barulah aku dapat balik rumah.. Kesian En,Husb menunggu punya lama.. Nama pon kerajaan, kenalah ikot procedure satu persatu.. bukan boleh main bedal jer.. silap ari bulan, diri sendiri kena maki.. Kan naya tuh.. Tapi service untuk kali ni, aku rasa xla seteruk mcm mana org cakap.. nurse kerajaan terukla.. xada hati dan perot la.. Tapi bg aku, okay.. Service dorang pon okay.. Slalu jugak nurse tu senyum bila terpandang aku.. Mana ada sombong.. Kalau panggil nurse pon mesti diorang balas, xdenya langsung ignore.. Kadang2 tuah masing2.. Mungkin hari ni layanan aku dapat baik, mungkin next time lain pulak ceritanya.. Kita pon xtahu yer dak.. Tak kiralah kerajaan atau swasta.. Tuah masing2..

Okayla sambung next entry okay..

Thursday 27 November 2014

ALL ABOUT ME

As Salam,

Hi kengkawan.. Sajer jer nak menggedik nak tulis pasal ABOUT ME..

Nama aku JUMA, sudah berkahwin, mempunyai En.Husband dan 
ada seorg anak yg aku panggil GUGURLMNS..
Aku bernikah pada 30/11/2012, bersanding pada 1/12/2012..
Aku kenal En.Husband masa kat kolej dulu, di mana En.Husband ni dulu merupakan 
pengajar penari2 kolej..
Di situlah aku terpikat dengan kelembutannya..
Huarghhh hahahah geli hati aku..
Conpius jugak aku, rasa mcm En.Husb ni sekejap nampak kejantanannya,
kadang2 nampak kelembutannya bila bersama GENG dia..
Tapi lama-kelamaan terpaut pulak hati aku sebab dia syg aku INFINITY 
dan aku syg dia lebih dari INFINITY..

Umur aku 27 tahun untuk tahun ini (2014).
Aku mempunyai 5 adik-beradik (3 pompuan, 2 laki2).
Ni adik beradik aku yg aku syg..
Yg atas tu kakak aku yg sulong Kakyong yg pakai beg putih.. 
Mak aku yg pakai tudung Pink..
Adik aku yg no.5 pakai SPEC HITAM.
Ni gambar masa abg aku yg kedua kahwin dgn kakak ipar aku.
Yg baju biru pakai tudung tu adik kesygan aku.
Abg aku yg ketiga dgn adik aku yg last.. Muka adik aku saje interprem..

Aku bekerja sekarang sebagai Personal Assistant kepada BOS JEPON..
Kerja aku senang dan mudah..
Cuma kadang2 naik giler sikit dgn BOS aku ni..
BOS aku nampak ceria tapi cerewet..
Yg bestnya, masa aku pregnant, aku slalu bertekak ngn BOS aku..
Kuat melawan aku ni.. BOS geleng kepala..
Dia pon conpius sape yg BOS skg..

Dulu aku stay kat Perak, dan bersekolah di CONVENT SITIAWAN..
Selepas belajar, aku sambung ke DIPLOMA pulak..
Itu jerla kot cerita pasal aku..
Hope korang ENJOY mengenali aku sbgai BLOGGER baru di sini!!

Wednesday 26 November 2014

TONTON VIDEO MLM 2014 MINGGU 2

As Salam,

Kali ni, aku nak share Video Maharaja Lawak Mega 2014 MINGGU ke-2 secara 
FULL ONLINE.
Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014, kini sudah berada MINGGU ke-2 pada JUMAAT
lalu 21 NOVEMBER 2014 bertempat di DEWAN AUDITORIUM MBSA SHAH ALAM.
Siaran secara langsung bermula pukul 10.00 malam menerusi saluran 
ASTRO WARNA (132) dan tanyangan serentak MUSTIKA HD (134).

Tema yg dipersembahkan oleh 13 peserta MLM 2014 pada minggu ke-2 adalah bertemakan
"BEBAS".
Terdahulu, 2 kumpulan telah tersingkir iaitu SAYOT dan KEPOH  drpd 
GELANGGANG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 pada MINGGU 1.

SAYOT

KEPOH

Semoga SAYOT & KEPOH tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangan dlm bidang komedi ini.

Sila Tonton Video MLM 2014 MINGGU 2 :

KEPUTUSAN PENYINGKIRAN MINGGU KEDUA ??

TIADA PENYINGKIRAN DILAKUKAN pada MINGGU ke-2.

MAN OF THE MATCH??
JATUH KEPADA JEP SEPAHTU
TAHNIAH!!


SIAPA YG TERLEPAS TONTON MINGGU 1 SILA KLIK DI BAWAH:

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

As Salam,

Program Realiti TV Komedi MAHARAJA LAWAK MEGA (MLM) kembali lagi menyengat untuk musim 2014. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) menjanjikan aksi komedi yg lebih hebat, lebih mantop dan persaingan kali ini lebih sengit.

MLM 2014 masih mengekalkan pelakon & pengacara hebat Dato'AC Mizal sebagai hos.

WAKTU SIARAN MLM 2014
Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 akan bersiaran secara langsung pada pukul 10.00 malam setiap JUMAAT mulai 14 November 2014 menerusi ASTRO WARNA (132)
dan MUSTIKA HD (134).

SENARAI PENUH PESERTA MLM 2014
15 peserta yg bertanding di dlm Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 untuk memenangi hadiah wang tunai RM500,00 (JUARA).
Peserta terdiri drpd 10 PESERTA FAST LANE yg layak secara automatik & 5 kumpulan lagi terpilih melalui saingan gelanggan KERUSI PANAS (HOT SEAT).

SENARAI PESERTA FAST LANE :
1) SEPAHTU (Jep/Shuib/Ilya)
2) SHIRO (Ajak/Shahrol)
3) BOCEY (Acey/Abam/Fad)
4) VIRUS (Tauke/PakYus/ZizanRazak)
5) NABIL
6) COMEY (Suhaimi/Rophie)
7) SYJ (JihanMuse/Yassin/Shuk)
8) JALOR (Along/Rahim/Joey)
9) SAYOT (ZamJR/Filzah/One-Skool Of Lawak)
10) Kepoh (Izu/Pian/Kamal)

SENARAI PESERTA DARI HOT SEAT & TONTON VIDEO HOT SEAT

PENGHAKIMAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2014
Sistem Penghakiman MLM 2014 masih dikekalkan dgn format 70% drpd Juri Profesional dan 
30% drpd undian SMS penonton.
Terdapat 4 JURI TETAP iaitu Dato' Jalaludin Hasan dan Nur Fazura (MALAYSIA),
TAUFIK BATISAH (SINGAPORE) dan FARAH QUINN (INDONESIA).

UNTUK MENONTON SEMUA EPISOD MAHARAJA LAWAK MEGA 2014

TONTON VIDEO MLM 2014 MINGGU 1

As Salam,

Kepada sesiapa yg terlepas nak tengok MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 MINGGU 1,
Boleh klik Link kat bawah untuk tontonan semula..
 NABIL
SHAKE (Amirullah/BellNgasri/Haszmi)

 SAYOT (ZamJR/Filzah/One-Skool Of Lawak)


Kepoh (Izu/Pian/Kamal)


MAN OF THE MATCH??
JATUH KEPADA ZIZAN RAZAK VIRUS
TAHNIAH!!

SILA KLIK LINK BAWAH KALAU NAK TENGOK MINGGU KE-2 MLM 2014 :
TONTON VIDEO MLM 2014 MINGGU 2

TONTON VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014 (MINGGU 1)

As Salam,

Program Gegar Vaganza Astro 2014 telah bermula malam 16 November 2014, 9.00 malam yg telah dihoskan oleh Nabil Ahmad & Jihan Muse.
Program Gegar Vaganza Astro 2014 akan berlangsung selama 8 minggu, setiap AHAD, 9.00 malam di saluran Astro Maya HD (135), Astro Ria (104) & Astro Prima (105).

VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014 (MINGGU 1)
Bagi mereka yg terlepas mnyaksikan program ini, anda boleh saksikan sekarang dengan klik link di bawah ini :

TONTON VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014 (MINGGU 2)

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA ASTRO 2014

As Salam,


Satu lagi program realiti Astro telah muncul baru2 ni minggu lalu yg memfokuskan kepada artis2 senior Malaysia.. Program Gegar Vaganza Astro 2014 yg dihoskan oleh Nabil Ahmad & Jihan Muse,pada minggu lalu 16 November 2014 akan muncul sekali lagi pada 23 November 2014 ini, hari AHAD jam 9.00malam di saluran Astro Maya HD (135) , Astro Ria (104) & Astro Prima (105).

Program akan berlangsung selama 8 minggu yg bersiaran setiap Ahad, jam 9.00mlm..

Di bawah merupakan Senarai Peserta Gegar Vaganza Astro 2014 :
1) Ayai (Illusi)
2) Rahmad (Kump.MEGA)
3) Hasnol
4) Fazli Zainal
5) Mamat (Kump.EXIST)
6) Haleeda
7) Shima
8) Sharifah Zarina
9) Ifa Raziah
10) Adilla
11) Sam (Kump.Innuendo)
12) Nadia

Format Markah Gegar Vaganza Astro 2014
100% markah dari juri

Juri Tetap Gegar Vaganza Astro 2014
Datuk Ramli MS
Datuk Khadijah Ibrahim

Juri Jemputan Gegar Gegar Vaganza Astro 2014
Salih Yaacob(SY)
Mamat Khalid
Man Kidal (Kump.Lefthanded)

Hadiah Gegar Vaganza Astro 2014 Beserta Trofi
JUARA - RM100,000
NAIB JUARA - RM30,000
KETIGA - RM15,000
KEEMPAT - RM5,000

TONTON VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014

Tuesday 25 November 2014

Segmen Bloglist Disember DJH 2014

Assalammualaikum..

Hari ni aku terbaca blogger Diari Jejaka Hangat buat pencarian bloglist bagi bulan Disember 2014. Bermula 24 November 2014 tepat 12AM sehingga 30 November 2014, tepat jam 11.15PM.
So aku xnak lepaskan peluang.. Harap2 Diari Jejaka Hangat pilih aku.. bagi chance la sikit erk..

So, apa aku nak citer untuk entry kali ni, aku masih baru lagi dalam dunia blogger.. Tapi aku mmg suka berblog sambil mencari idea2 yg best dari bloger yg lain.. Aku punya entry pon rasa mcm blur jer nak tulis apa.. Al maklumlah aku ni baru jer baik dari demam denggi.. Mujur xder apa2.. Cuma En.Husb jer kurang sihat after discaj semalam..

Sempena entry ni aku nak update movie cartoon terbaru yg ada dekat TGV, yg tgh famous skg :

GENRE: Action / Comedy / Animation

RUNNING TIME: 105 Minutes

RELEASE DATE: 6 Nov 2014

STARRING: T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung

SYNOPSIS: Terletak di kota metropolitan San Fransokyo (portmanteau dari San Francisco dan Tokyo), Hiro Hamada yang ajaib berusia 14 tahun menciptakan robot pertempuran (dari robot huggable saudaranya) bernama Baymax untuk mengisi kekosongan setelah kematian saudaranya yaitu Tadashi.
Untuk menemukan si pembunuh, maka Hiro membentuk tim yang bernama Big Hero 6 terdiri dari Wasabi, Honey Lemon, GoGo Tomago, Fred, Baymax dan dirinya sendiri (Hiro Hamada). Selain itu Big Hero 6 juga berusaha untuk membantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka dari cengkeraman plot kriminal yang mengancam untuk menghancurkan San Fransokyo.

DISTRIBUTOR: Walt Disney Pictures

DIRECTED BY: Don Hall, Chris Williams

Jadi sila tonton okay..


Monday 24 November 2014

DENGGI MEMANG PEMBAWA MAUT!!

As Salam,

14/11/2014 JUMAAT
Aku nak citer tentang jumaat lalu 14/11/2014. Aku rasa badan aku xbape nak sihat..
Malam tu aku dah menggigil kesejukan.. Tak tahan.. Jadinya aku baring jer.. Lepas aku balik keje, aku terus amik anak.. Aku telan panadol, terus lelap..
Sampai anak aku pon, aku tak terlayan..  En.Husb yg tolong tgk2kan kot..

15/11/2014 SABTU
Badan aku mula sengal2, sejuk semacam.. Tak tertahan dibuatnya.. Aku tengok sebelah aku, En.Husb xder.. Pergi keje la tu kot.. Tinggal anak aku tgh tidor.. Selera makan tiba2 xder.. Tekak jadi xselera, lidah rasa pahit sgt.. Nak minum pon xlalu.. Badan makin lemah.. Sebab badan aku nak produce susu xboleh.. Makanan xmasuk, anak pula asik nak menyusu.. Aku makin xtahan.. Telepon En.Husb balik awal.. Bila En.Husb balik, dia kata rasa mcm nak demam.. Alamak.. Laki bini la pula nak demam..
Sekali Mak Mentua call, cakap dia xsehat sakit2 badan.. So En.Husb decide nak balik kampung.. Aku pun ikot jer dalam xlarat.. Penangan satu ari, aku mmg xmakan nasi langsung.. just minum air jer..

16/11/2014 AHAD
Kat Johor rumah mak mentua.. Bawa mak mentua pg klinik.. Mujur xder apa2, cuma sakit org tua.. En.Husb check skali, suspect denggi.. Aku malas nak check sbb pikiran aku sakit demam biasa..
Jadi, aku cuma kena teman En.Husb g klinik hari esoknya sbb nak check darah.. nak sure btul ada denggi atau tak..

17/11/2014 ISNIN
Pg lagi skali check darah untuk En.Husb, sah denggi.. En.Husb kena tahan, tapi degil xnak tahan kat hospital Johor.. So dia nak transfer ke Klang.. So, En Husb drive back to Klang dlm keadaan slow motion.. Aku ngn anak aku, My Gugurl just slept.. Sbb aku masih xlarat.. Kiranya, masuk ari ni, aku dah xlalu makan 3 hari.. kepala mak aii pening sgt.. aku rasa lemah sgt.. esok lau xokay aku nak g klinik..

18/11/2014 SELASA
Aku pulak g klinik panel.. Jumpa doctor, check suhu badan, 39.40 darjah celcius.. So mmg sah aku demam.. Tapi doktor xpuas hati, suruh check darah.. Lepas check keputusan keluar.. Bacaan platlet aku 139.. So, doctor syak aku denggi.. Esok aku kena dtg balik ambil darah.. Jika platlet darah aku turun dari bacaan ari ni, maknanya aku kena admit hospital..
Aku xsenang duduk.. makan langsung xberselera.. En.Husb kena admit dah.. Kalau esok aku pon kene, kesian lah My Gugurl aku ni..

19/11/2014 RABU
Doctor ambil suhu lagi skali, 39.80 darjah Celcius, kemudiaan ambil darah.. amik kaww.. Platlet darah aku 89 jer.. So, aku kena tahan, anak aku, kakak aku take care.. So aku admit kat hospital ampuan rahimah sama ngn En.Husb.. Tapi aku sekejap jer, esok aku dah boleh kluar.. Takot punya pasal, jarum sehari 4 kali asik cucuk kat lengan, air masok 2 btol.. haisshh, xle tahan aku.. nak tak nak aku kuatkan semangat demi anak demi En.Husb.. Hari esoknya aku kluar.. ikotkan aku xle kluar sbb platlet darah aku xbp nak cantik.. Jadi aku cari mcm2 alasan sbb anak aku breastfeed.. So doktor lepaskan.. Lagi satu, ramai sgt org kene denggi.. katil penuh.. aku pon jadi rimas.. So doktor kasi aku discaj cuma aku kene amik darah hari2.. ni bacaan aku

18/11/2014 Platlet :139
19/11/2014 Platlet : 89
20/11/2014 Platlet : 113
21/11/2014 Platlet : 115
22/11/2014 Platlet : 128
23/11/2014 Platlet : 210
24/11/2014 Platlet : 368
Tangan aku dah lebam2 sebab amik darah.. Sabor jer lah..
Suhu demam aku makin kurang, Alhamdulillah aku makin sihat.. Allah beri peluang aku sihat lagi awal dari En.Husb sbb Allah nak aku take care family aku.. Alhamdullilah Ujian Denggi ni sebagai penguat buat diri aku untuk jadi ketua keluarga sementara waktu semasa En.Husb tgh sakit..

20-24/11/2014 Khamis-Isnin
Aku duduk kat rumah sbb doctor bagi MC sepanjang tarikh tu.. Untuk aku amik darah hari2.
Tapi serius, denggi ni mmg boleh bawa maut sbb nya, aku langsung tak lalu nak makan sepanjang aku sakit.. Bayangkan seminggu langsung, aku xlalu nak makan nasi atau pun pepejal yg lain.. cuma air kosong jer.. Berat aku hilang 5kg.. Dari 55kg turun straight 50kg..
Manakala En.Husb aku dari 83kg turun sampai 75kg..
DENGGI mmg bahaya.. Selera makan automatik mati.. apa yg korang makan conpom rasa pahit melampau.. Org cakap sup ketam bagus untuk denggi.. Masak jugak sup ketam, tapi lau lidah ni xle nak masok, sup ketam tu jawabnya hanya dipandang jer la..
 Badan aku pon xle nak hasilkan susu untuk anak aku.. Cian anak Mummy..
Terpaksa aku bg susu formula.. Nak tak nak pon terpaksa telan sbb lapar sgt dah anak mummy ni..

25/11/2014 SELASA
En.Husb baru discaj.. Kesihatannya nampak xberapa nak bagus.. Kesian pulak aku tgk.. Makin kurus.. Selera makan kurang.. Jalan pon terhuyung hayang.. Harap2 En.Husb cepat sihat..Aminnn..
 Mummy & gugurl rindukan ayahanda.. 

So nasihat aku buat korang, bersihkanlah kawasan perumahan korang.. buat laporan untuk sembur fogging denggi ni.. Dalam rumah pulak, rajin2 lah sembur penyembur nyamuk tu kat tempat gelap.. Nyamuk ni suka bertenggek kat celah2 tempat gelap.. tu yg bahya dan bahananya..
So skali aku dah kena, forever aku xanak lagi.. Kesedaran awal itu penting sebelum terlambat.. OKAY!

Wednesday 12 November 2014

8th MATERNITY & CHILDREN EXPO on 21~23rd NOVEMBER 2014 (MID VALLEY EXHIBITION HALLS)

As Salam,

Hi, U olss..Aku nak citer pasal EXPO terbaru dekat MID VALLEY..
Korang yg mana stay area sana, mesti pergi erk, jualan hebat punya kasi korang..

8th MATERNITY & CHILDREN EXPO
21~23rd NOVEMBER 2014
MID VALLEY
(EXHIBITION CENTER HALL 1,2 & 3)
Nampak tak ketakutan baby tu.. Conpom ramai org nak serbu booth si kecik ni.. hahahah
Korang before nak pergi, 
Sila klick dulu web ni untuk dapatkan Photobook yg berharga RM79 sahaja.. 
Website : http://www.tcebaby.com.my/
atau FB pon boleh : https://www.facebook.com/MaternityandChildrenExpo

Selepas jer korang register kat laman Website tu, korang agak dapat satu paparan mcm ni :
So dia remind you ols, jgn lupa sebab dia ada send by email, dan printkan benda tu, untuk dapatkannya dgn harga yg murah okay..

WIN MULTI AWARD WINNING STROLLER FROM UK
{MAMAS&PAPAS SOLAR CITY) Worth RM1958

So, dorang nak korang sharekan dgn give them a THUMB UP, Share & tag kengkawan korang, dan jgn lupa tag juga Maternity & Children Expo dekat FB yer,
dengan meletakan maklumat EVENT DATE, VENUE AND www.tcebaby.com.my dekat FB ni Maternity & Children Expo .
Sebabnya, minggu ini merupakan minggu terakhir pada 16th NOVEMBER 2014.

Expo Date: 21-23 NOVEMBER 2014 (Fri to Sun)
Time: 10:00am to 9:00pm
Venue: MID VALLEY Exhibition Centre, ALL THE HALLS
Website: www.tcebaby.com.my 


BAGAIMANA CARA NAK DAPATKAN??

STEP 1:
Jadi peminat/fan kepada Maternity & Children Expo dan LIKE page diorang okay!
Klick sini : Maternity & Children Expo @ https://www.facebook.com/MaternityandChildrenExpo
STEP 2:
Kongsikan contest poster dekat "PUBLIC" di timeline korang @ Page yg korang manage dan Tag kengkawan dan Maternity & Children Expo .

STEP 3:
Tunggu peluang untuk menang dgn MULTI AWARD WINNING STROLLER FROM UK
(MAMAS&PAPAS SOLAR CITY)
Pemenang akan di annouced dekat Maternity & Children Expo FanPage wall post dan/atau notified via FB message inbox masing2 jika menang,
pada 8th Oct 2014 / 15th October 2014 / 22nd October 2014 / 29th October 2014/ 
5th November 2014 / 12th November 2014 dan terakhir 19th November 2014.
Masih ada lagi peluang untuk anda cuba!!

TERMA & SYARAT

Semuah Step 1-3 perlu dipenuhi untuk memenangi Stroller ini.
Pemenang akan dipilih secara mingguan secara rawak sbyk 7 pemenang.
Peraduan dibuka hanya kpd penduduk di MALAYSIA shj.
Pemenang mesti bertindak balas kpd penganjur dalam tempoh 48jam untuk menuntut hadiah, jika tiada respon penganjur akan mencari pemenang yg lain pula.
Pemenang mesti tuntut hadiah sendiri pada 22 November di 
PUSAT PAMERAN MID VALLEY(EXHIBITION CENTER HALL 1,2 & 3).
MULTI AWARD WINNING STROLLER berakhir pada 16th NOVEMBER 2014.

APA YG MENARIKNYA DI MATERNITY & BABY EXPO??

Ada 350 booths
Ada 700 Exclusive Brands
30,000 Limited Edition Mugs dan ianya FREE
Guaranteed Gift dgn harga RM79/each (PHOTOBOOK)
30 Branded Strollers yg akan dihadiahkan
LUCKY DRAW iaitu Hadiah Cabutan Bertuah GALORE bernilai lebih drpd RM150,000 

GOODIES BAG
 So,sesiapa yg pergi kali ni, jgn lupa terus pergi ke bahagian REGISTRATION untuk berdaftar, dan jgn lupa amik coupon untuk redeem. 
So, aku harap korang have a fun, dan shopping mengikut kepeluan tau!!



Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn