Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Tuesday 4 November 2014

Aku Pregnant!!

As Salam,

Aku nak share citer kali ni yg aku dapat tahu aku pregnant..
Aku memang ada hati nak pregnant tapi dlm masa yg sama aku pon takot jugak..

ADIK AKU KEGUGURAN

Sebelom tu, adik aku Leiya dapat tahu dia pregnant lebih kurang 3/4 bulan selepas mereka berkahwin..Bukan main seronok lagi mereka bila dapat tahu yg kandungan tu dah 3minggu..Aku pon tumpang gembira bagi pihak mereka.. Tiba2 minggu seterusnya Allah lebih sygkan anak adik aku.. Adik aku keguguran, mungkin disebabkan kandungan dia yg tidak kuat.. Sedih jugaklah, bila aku tahu adik aku menangis, aku lagi takot.. Cepat2 aku berdoa, "Ya Allah, mudah2an kau berikanlah rezeki yg terbaik buat adik ku kelak. Kuatkanlah hatinya, dan redhakanlah dia dgn KetentuanMu Ya Allah.."
Selepas tu, adik aku pergi hospital untuk cuci rahim.. Dari pengalaman dia, seingat aku, dia cakap sakitnya Allah jer yg tahu.. Selepas dicuci, adik aku rasa macam nak pitam, badannya rasa makin lemah, seluruh badan sakit2 sampai menggeletar.. Dia pegang suami dia sampai mencengkam disebabkan rasa sakit yg terlalu kuat..
Adik aku tetap jugak berpantang pakai stoking, pakai baju tebal n jaga pemakanan dia.. kesian aku tgk.. Tak pe lah, Allah lebih tahu bila dan sepatutnya Dia berikan rezeki pada kita.. Kita harus redha dengan takdirNya..

AKU SANGKA AKU PREGNANT

Selepas dari keguguran adik aku, 3 bulan kemudiannya,(6 bulan lebih selepas aku kahwin),
aku rasa mcm aku mengandung, sebab period aku lewat 2 minggu.. aku beli pregnant test, aku check, keputusan menghampakan.. Yg lagi bestnya, aku rasa Ms.Breast aku sakit sgt..
Aku try picit Ms.B aku tu, terpancut keluar susu.. apalagi menjerit lah aku bgtahu En.Husb.
En.Husb ajak aku pg klinik.. Aku pon ikot jer, sbb aku pon nak tahu jugak, kenapa pregnant test tu keluar satu line jer, bermakna aku tak mengandung, tapi kenapa Ms.B menghasilkan susu pulak.. Itu yg agak mencurigakan.. En.Husb decide nak pg Klinik Razif.. Aku pon pg la daftar masok, nak check sama ada aku pregnant ker tak.. So, doctor tu tanya, "awak dah buat pregnant test ker?" aku cuma menganggok dan cakap "Satu line jer."
Pastu dia tanya mcm2 soalan, bila tarikh pertama period terakhir awak, bla bla bla.. aku pon tak ingat.. tapi soalan yg aku ingat masa tu, "Tapi doctor, yg peliknya, saya tak pregnant kan, tapi kenapa Ms.B saya mghasilkan susu?Mcm pelik lah" .. Doktor tu pon suruh aku baring kat katil yg dikhaskan untuk check rahim, so dia pon scan, memang kosong, xder gambar yg menunjuk kan aku ni pregnant.. kemudian, dia try picit Ms.B aku, terkeluar susu, bykla jugak.. Doctor tu pon pelik.. Tiba2 docktor tu pon cakap "I think you ni terlebih hormon, anyway saya akan amik darah awak untuk dibawa makmal, 2 minggu kemudian you datang ok".. aku pon angguk kepala.. perasaan masa tu agak kecewa.. aku sangka aku pregnant, rupanya tak.. 

2 MINGGU KEMUDIAN

Period aku masih tak dtg lagi.. bermakna dah lewat sebulan.. Aku mmg frust, dan mak ngn family aku cakap xpayah check pregnant test tu.. tunggu jer keputusan dari klinik.. aku pon ikot jer cakap mereka.. Aku ngn En.Husb pon pg ke klinik Razif semula nak tgok keputusan.. Sampai jer klinik tu, Doctor Razif tu sendiri suruh dtg masok ke bilik dia.. Aku ngn En.Husb pon masok skali.. "Okay, keputusan dah keluar, memang keputusan ni menunjukkan yg awak terlebih hormon sehingga mengganggu kitaran haid awak.. Kami mmg pasti yg awak tidak mengandung.." aku pon mencelah "Tapi doctor saya dah lewat period sebulan, takkan saya xpregnant?" "Maafkan kami Puan, memang keputusan makmal dah dinyatakan dgn terang yg Puan tidak mengandung.. Jika Puan nak mengandung, Puan kena stabilkan hormon Puan, Puan kena ambil ubat untuk hentikan susu supaya kitaran haid Puan boleh back to normal".. Aku kecewa betol.. Dalam hati aku memang aku rasa aku mengandung.. Sebab period aku mmg tak buat hal.. So nak tak nak aku pon pergi kaunter untuk buat payment, bukan kepalangnya aku terkejut " harganya RM270 yer Puan"
Aku cakap kenapa mahal sgt kat nurse kaunter tu.. Dia cakap "Memang Puan ubat yg Puan ambil ni ubat yg mahal.. memang dia akan hentikan hormon yg tak stabil tu" Berbulu jer aku rasa.. nak tak nak En.Husb bayar jugakla.. 

SAH MEMANG AKU PREGNANT

On da way balik ke rumah, aku cakap ngn En.Husb "Haby, dear rasa memang dear pregnant la, jom kita pergi klinik lain nak tak?" En.Husb aku jenis yg simple dan malas nak bertekak, dia cuma angguk jer.. Aku cadangkan pergi ke klinik Husna.. Sampai jer klinik Husna, aku register masuk, dan cakap aku nak check sama ada aku pregnant ker tak..
So bila turn aku dipanggil masuk bilik doctor, aku cakap aku nak buat pregnant test sbb aku dah sebulan xdatang period.. So doctor pon bg aku botol untuk letak urine aku.. Aku pergi bilik air dan lakukan apa yg patut, pastu aku bg balik botol tu pada makmal dia.. Lebih kurang 2 minit kemudia, nurse tu datang dan bagi keputusan dekat doctor tu.. 
Dan keputusannya :
Kannn Aku dah cakap yg aku pregnantttttt... Hahhh geram aku dah bazirkan duit kat klinik si Razif tu.. membazir.. sape nak makan ubat tu.. eiiiii gerammnyerrrrrrrrrr.. confident giler si pak Razip tu kata aku tak pregnant.. rasa mcm nak saman jer.. Cooldown juma pleasee!!

Berbalik pada citer tadi, Doctor tunjukkan keputusan tu dekat aku ngn En.Husb.. 
"Nampak tak 2 line ni? Maksud nya apa?" doctor tu main2 plak gayanya.. mcm kami ni budak2 hahahha.. Aku pon cakap "Saya pregnant ker Doctor??" doctor tu pon jawab "Yes, kamu pregnant tahniah".. Aku nampak En.Husb terpinga2 sebab dia xtau pon apa makna line tu.. Lepas doctor cakap yg aku pregnant, muka dia biasa jer.. mcm xder perasaan.. aku tak tahula dlm hati dia mcm mana kan.. Tapi hari esoknya aku cek handphone dia, semangat pulak dia citer kat kakak opis dia aku pregnant.. Baru aku tahu En.Husb aku ni tak tunjuk reaksi dia depan aku.. Kat kgkawan bukan main lagi bercerita.. hahahah Anyway, aku tahu jugaklah yg En.Husb pon gembira dgn kehadiran cahaya mata kami.. Alhamdulillah syukur pada Allah yg mmberikan rezeki anak kepada kami.. Masa tu kandungan aku dah mencecah 8 minggu..  Bersemangat terus aku, xsabar nak cerita kat mak n family aku yg aku pregnant..

Balik jer rumah, aku xsabar nak bgtau, "Makkkk, Ju pregnanttttt" mak aku pon kata "Alhamdulillah tambah lagi cucu mak" Syukur Ya Allah..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn