Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Sunday 30 November 2014

AKU BERSALIN 27/1/2014 (Episod 4)

As Salam,

Aku sambung lagi entry kali ni..
Aku dekat Labour Room..
Aku sangka aku terus jer masuk Labour Room, rupanya aku kena menunggu turn kat luar Labour Room.. Ramai lagi yg tgh tunggu turn nak bersalin.. Kat luar Labour Room tggal aku ngn lagi sorang India nak bersalin.. 
Masa menunggu aku dengar ramai yg menjerit nak push baby keluar..
Siap jugaklah dengar suara Doktor marah..
"Tolong jgn menjerit, awak ni Islam ker apa? Tak reti mengucap ker"
Haishhh garang betol doktornya..
Jadi bila aku dengar macam tu, cepat2 aku istighfar panjang.. 

"Ya Allah, Kau permudahkanlah kelahiran bayi ku ini..
Dengan Kesakitan yg Kau berikan padaku, Aku redha Ya Allah jika ini menghapuskan dosa2 ku yg telah lalu.. Kupohonkan kepada Mu Ya Allah, jadikanlah anakku dikalangan anak yg solehah.. Anak yg bertanggungjawab dan mendoakan kami sebagai ibu bapanya sepanjang kehidupannya..
Aminn perkenankanlah doaku ini"

Perut aku memulas, sampai aku dah lupa diri, Doktor saya rasa mcm nak beraklah doktor..
Saya tak tahan sgt ni..
Terus, doktor tolak katil aku masuk Labour Room. Maaflah kakak India, aku dah potong Q akak.
So, masuk kat Labour Room, doktor selok lagi.. "Patient ni dah ready"
Yg aku pulak tak abis2 menggelupor, "Doktor, sya nak pergi toilet saya nak berak.. Sakit sgt nih"
"Tak pe2 awak berak jer kat sini"
Mulala aku bengang, mana aku selesa nak berak kat situ.. serius aku mmg rasa nak berak sgttt..

Doktor tanya lagi "Awak last kencing pukul berapa?"
Aku jawab "Pukul 5 petang tadi."
Jam kat dinding pukul 9.30mlm.. So doktor xcakap banyak, terus jer dia masukkan satu tiub ke
pundi kencing aku, Tiba2 jer aku rasa keluar air melampau byk..
Sampai doktor tu pon cakap "Banyaknya air kencing awak, bape byk awak simpan? Ni kalau xbuang air kencing dulu, baby xboleh keluar.. Terhalang dgn air kencing awak ni"
Aku hanya diam sambil menahan sakit perot sekejap2 mengeras, sekejap lagi aku rasa mcm nak berak.. "Okay, nurse dah stanby, skg awak kata nak berak teran jer..Kalau nak teran pandang perut.. Hembus tarik nafas cepat2 dan hembus lagi.."
Aku angguk jer.. Sekali lagi aku rasa nak berak "Doktor saya rasa sakit perot"
terus jer doktor cakap "Keluarkan dan terannn"
Automatic aku meneran sekuat hati sambil pandang perot aku..
"Prapppp"
Terasa doktor toreh Ms.V aku.. Serius part tu tak sakit.. yg sakit perot dan pinggang aku ni..
Memang org cakap kalau nak bersalin rasa mcm nak berak..
Sekali lagi perot aku mngeras, dan sekali lagi aku rasa nak buang air besar..
Doktor jerit lagi "Teran sekarang, tarik nafas dan hembus"
Aku pon buat.. separuh nyawa aku tarik nafas dan hembus sekali meneran..
Ya Allah hebatnya rasa sakit ni.. Sungguh tak tertanggung rasanya..

"Blurrppp" Aku rasa benda keluar dari Ms.V aku.. Memang terasa giler..
Ya Allah anak aku.. Itu anak aku? Anak aku ker tu?
Sebelah doktor pegang anak aku, sekali lagi doktor cakap 
"Terannn" Blurpp keluar lagi sekali..
Kali keluar tali pusat anak aku.. Terkejut aku.. Aku ingat ada lagi sorang baby ker..
Sekali tali pusat anak aku daaa..
Dalam keadaan anak aku bersalut lendir dan sedikit darah, doktor letak kat dada aku..
Aku pandang dia, dia pon mcm pandang aku..
"Welcome to this world my dear, time 11.11PM 27/1/2014 
Aku telah melahirkan seorg bayi perempuan"
Dalam hati aku berkata.. Alhamdulillah..Mummy sygkan kamu dunia akhirat..
Indahnya perasaan bila melahirkan anak.. Hilang segala kesakitan aku sekejap tadi..
Sedang lali aku menilik setiap raut wajah anak aku, sambil tu jugak nurse menjahit Ms.V aku..
Mulanya aku tak terasa, bila anak aku di ambil untuk dimandikan, time tu aku terasa jahitan nya.. dengan jarum ala2 nak memancing ikan.. seram dan sakitnya Ya Allah..
Satu lagi kesakitan yg aku kena lalui..
Bius pon aku tak rasa dah, yg rasa setiap jahitan mata kail jarum tu.. Sakitnya..

Sampai naik kebas kaki aku menahan sakit..
Hampir 30minit menjahit sebabnya yg menjahit tu budak praktikal, aku rasa mcm nak tendang jer..
Sampai jer nurse baju biru lalu, aku cakap, aku xnak dia buat sbb sakit sgt
dan saya rasa lama giler dah.. 
So nurse baju biru tu pulak sambung jahit..mungkin yg berpengalaman
sbb aku tgk mcm dah berumur sikit.
Conpom praktikal tu berbulu ngn aku..
Lantaklah aku yg sakit, ko tahu jahit jer.. So selesai semua, nurse bagi baby aku ngn tali pusat..

Alhamdulillah lega untuk ari ni, En.Husb n mak tunggu luar bilik Labour Room..
Sambil ikot aku masuk wad bersalin semula..
Malam tu aku kluar dari Labour Room pkul 3pagi..
En.Husb pon pelik dari 9.30PM-3.00AM..
Kenapa lama sgt..Aku rasa mcm xlama.. tapi terkejut jugak masa yg aku amik agak lama..
Mungkin turn aku menunggu tadi terlalu lama kot..

Itulah story morry aku Buat anak aku tersyg :
MIKAYLA NURISLAM SOPHEA
27/1/2014, 11.11PM, 2.95KG
Mummy sygkan Gugurl sepenuh hati Mummy Dunia mahupun Akhirat..

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn