Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Thursday 29 January 2015

DAFTAR ANAK DENGAN TAWAS

As Salam,

Kali ni aku nak sharing sikit kepada mumy & dady kat luar sana mengenai TAWAS.
Apa kelebihan yang korang dapat dengan TAWAS ni??
Bagi aku sangat berbaloi. Aku agak terlewat sikit nak daftar, dan sekarang ada sedikit kesedaran untuk daftar tabung anak aku dengan TAWAS.
Nanti aku cerita tentang kelebihannya.

APA ITU TAWAS?

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, ia merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada Usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1500.00/seorang daripada hasii pelaburan mereka di dalam TAWAS.
Sebagai usaha berterusan, TAWAS secara tidak lansung dapat memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Selangor. Dan kini, kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta ada di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

PENDAFTARAN ONLINE TAWAS

Pendaftaran adalah PERCUMA!
Pihak TAWAS menyediakan laman sesawang http://www.tawas.org.my/ untuk pendaftaran secara On-Line bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
Bagi yang tidak dapat melakukan pendaftaran secara On-Line, boleh dapatkan risalah dan borang pendaftaran TAWAS melalui laman sesawang http://www.tawas.org.my/ dengan cara download atau dapatkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah & Tanah serta di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

SIAPA YANG LAYAK?

Anak-anak Selangor yang belum mencapai usia 3 Tahun dipelawa untuk mendaftar 
sebagai ahli TAWAS.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat PERTAMA :
  • Terbuka kepada Anak Selangor (rakyat DYMM SULTAN SELANGOR) DAN
  • Warga negara Malaysia DAN
  • Lahir di Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 January 2008 DAN
    • Ibu atau bapa lahir di Selangor ATAU
    • Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 February 1974.

Syarat KEDUA :
  • Terbuka kepada Anak yg dilahirkan di Selangor DAN
  • Warga negara Malaysia DAN
  • Lahir di Negeri Selangor mulai 1 January 2008 DAN
    • Ibu dan bapa bukan kelahiran di Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
    • Perlu ada COP PENGESAHAN taraf mastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu, dan Pengerusi Taman Perumahan sahaja..
Syarat KETIGA :
  • Terbuka kepada Anak yg dilahirkan di Selangor DAN
  • Warga negara Malaysia DAN
  • Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yg bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Pahang) yg sama dengan ibu atau bapa mulai 1 January 2008 DAN
    • Ibu atau bapa yg lahir di daerah negeri yg bersempadan dengan Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Pahang)
    • Perlu ada COP PENGESAHAN taraf mastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu, dan Pengerusi Taman Perumahan sahaja..
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT:
Layari Laman Web TAWAS : http://www.tawas.org.my/ 
Telefon : 03-5521 8740/ 03-5521 8741
Faks : 03-5521 8742/ 03-5521 8743

PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS)
Yayasan Warisan Anak Selangor,
Syarikat Pengurusan Projek Tabung Warisan Anak Selangor,
A1-11-2 & A1-11-3,
Jalan Multimedia 7/AH,
Park City, I-City,
40000 Shah Alam,
Selangor.

    No comments:

    Post a Comment

    Nuffnang Ads

    I LOVE MY FAMILY

    Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
    Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
    Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
    Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
    Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
    Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
    Amin Ya Robbal Alaminn