Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Monday 3 November 2014

Wahh, Anak Che Tah!! Che Tah's Junior

As Salam,

Wah, kaw-kaw ari ni dtg keje, masok opis, sibuk nak mencari wajah si kecil anak gugurl Che Tah yg cute mute tu.. Tergangu fikiran dari semalam, sebab kecomelan yg tak tahu nak kata.. tahap high level punyaaa... Aku sendiri tergoda tgok kecantikan anak Che Tah.. memang seriously comelll, cantikk, putih dan gebuuu macam mak bapak dia jugak..

Tahniah diucapkan buat pasangan Zain Saidin dan Rozita Che Wan atas kelahiran anak pertama mereka, seorang bayi perempuan. Kelahiran anak ini telah dilaporkan oleh HLive Sabtu lalu. Untuk makluman korang, anak sulung Zain Saidin hasil perkongsian hidup dengan Che Ta ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.8kg di Hospital Pakar Ampang Puteri kira-kira jam 2.18 petang pada 1 November lalu. 

Ini sedikit story dari kisah bapanya :
"Saya berada menemani isteri lebih empat jam di bilik bersalin. Khamis lalu, ketika membuat pemeriksaan bukaan sentimeter serviks isteri saya tak besar. Beberapa jam juga kami menunggu bukaan sentimeter serviks itu membesar pada hari bersalin. Asalnya saya hanya mahu berada di sebelah isteri saya memberi sokongan moral. Pelbagai perasaan mula bermain di fikiran, almaklumlah ini kali pertama saya menyaksikan serta mengalami pengalaman ini. Perasaan ingin tahu itu kian bercambah. Tapi secara automatik, saya pula jadi teruja terutamanya apabila sudah mula kelihatan kepala anak saya. Malah selepas doktor memberikan salam simbolik kepada kehadiran anak, saya lagi bertambah teruja. Syukur alhamdulillah kerana Che Ta dan bayi dalam keadaan sihat. Jujurnya, ketika berada di bilik bersalin dan melihat sendiri proses tersebut, saya rasa seperti sedang bermimpi. Dan apabila anak dilahirkan, saya nangis di samping gembira dengan kurniaannya.Saya juga rasa tersentuh ketika azan dan iqamat ke telingan anak. Sebelumnya dia menangis, tapi apabila diazan dan iqamat dia terus diam."
Aku dapat rasakan kegembiraan mereka dgn kelahiran bayi ini.. 
Semoga Allah menjadikan anak ini, anak yg solehah, anak yg menyanyangi ibu bapanya serta anak yg berjaya di dunia mahupun akhirat.. aminnnn..

Nampak tak kejelitaan CheTah ni.. Lepas bersalin pon maintain cantik uolss.. 
tergoda dgn kecantikan aslinya.. 


Ni dengan ZainSaidin & anak terunanya..
Comeinya si Kecik tu.. 




Terserlah kecomelan anak dia.. Gambar ni mak ZainSaidin dgn kakak dia Shasha Elite.




Anak Shasha sendiri pon dah cute giler.. Esok dah besar conpom jadi rebutan..


Walaupon bambam tapi tetap cantik.. Sukanya aku tgkkk..


Melawat saye ker UNCLE??


Picture ni yg aku xle tahan ni.. Rasa nak gigit jer baby cheTah ni.. 
tgk tu senyuman dia, sama sebijik mcm Dafi.. Kecik2 dah pandai senyumm..



Yang paling xtahannya, nampak tak mmg ikot muka sebelah keluarga si ZainSaidin ni..
Sejokla rumahtangga CheTah ngn Zain ni.. Alhamdulillah..



Indah sungguh ciptaanMu Ya Allah.. sgt sempurna rupa parasnya..
Mudah2an anak ini menjadi wanita yg solehah..

Aminnnn


BABYGURL

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn