Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Monday 23 February 2015

Tutorial : Cara Link kan Menu Bar (KAEDAH FUNGSI LABELS)


As Salam,
Sebelum ini aku ada buat entry tutorial mengenai Menu Bar, korang boleh klik link kat bawah ni :


1.Tutorial : Cara Mudah Buat Menu Bar (EPISOD 1-EDIT TULISAN)


Entry kali ni sgt penting sebabnya, bila korang dah buat cantik-cantik, sekali BLURR sekejap sebab korang tak tahu cara nak link kan Menu Bar dengan Entry korang. Korang jgn panic, aku tolong ajarkan. Hopefully korang pahamlah. Aku try guna ayat yang paling senang difahami,ok!

Kalau tgk di sidebar aku itu merupakan Menu Bar yg aku dah buat.
Tapi bila klik, error pulak, tak pun button Menu Bar tu tak berfungsi pulak..
Lorrr, dah buat penat2, xde hasil kan.. Xpe, meh kita buat sama2.

Kat sini ada 2 teknik untuk link kan Menu Tab Anda :
Cara Pertama : Link Menggunakan Fungsi Labels
Cara Kedua : Link Menggunakan Fungsi Pages

Cara Pertama : Link Menggunakan Fungsi Labels
Aku guna Fungsi Labels sebabnya aku design sendiri Menu Bar aku. So aku decide & sgt prefer guna kaedah ni. Lagi pon caranya sgt senang dan selalu digunakan oleh blogger-blogger yg lain.

Contohnya : Korang ada buat pelbagai entry, tapi korang nak kategorikan entry mengikut tajuk Menu Bar yg bersesuaian. Jadi aku pilih satu Menu Bar mengenai "Tutorial Blog".
Segala entry mengenai tutorial/teknik/cara dan sebagainya mengenai blog akan digabungkan sekali secara automatik di dalam satu Menu Bar. Kalau Readers klik pada button Menu Bar "Tutorial Blog", maka segala entry mengenai Blog akan keluar. Kalau readers klik pada button Menu Bar "Resepi", semua entry yang berkaitan akan keluar untuk tatapan pembaca.

Kat sini cara untuk buat :
1. Setiap kali update entry korang, korang kena kategorikan LABELS korang mengikut Menu Bar yang korang cipta. Kalau korang rasa nak buat Menu Bar "RESEPI", korang just letak labels RESEPI setiap kali update entry mengenai resepi makanan/minuman. 
Kat atas aku labels kan : Tutorial Blog.

2. Bila entry dah siap, korang akan Publish entry tersebut. Bila korang view semula entry tadi, korang akan nampak ada labels pada bahagian bawah entry cerita korang :
Korang nampak tak yang aku bulatkan warna merah kat atas. "TUTORIAL BLOG".
Klik labels tu TUTORIAL BLOG, sebab kita nak ambil link tersebut.

3. Kemudian akan keluar mcm kat bawah ni.
http://norjumaiszi87.blogspot.com/search/label/TUTORIALBLOG
Link yang tertera kat atas tu, bolehla dicopy dan letak dalam Menu Bar yang korang ciptakan tadi. 

Cara nak letakkan link kat dalam Menu Bar :
Korang pergi balik pada Layout >> edit semula pada HTML/Java Script yg korang buat Menu Bar sebelum ni. Dan paste kan ruang yang sepatutnya :
<center>
<a href='http://norjumaiszi87.blogspot.com/search/label/TUTORIALBLOG' target='_blank'><img src='http://s5.postimg.org/61znypqab/TUTO_BLOG.png' border='0' alt="BLOG" /></a>
</center>

Yang aku boldkan tu, bahagian itu yg dipaste kan.. Bahagian lain jgn usik.
Kemudian bolehla save.

Cer View Blog korang semula, tekan pada Menu Bar yg tadi korang buat, aku sure giler,
Segala entry yg melibatkan labels yg korang namakan tadi, akan keluar semua.

Kalau tak boleh atau tak paham boleh tanya aku k!! Aku sedia membantu.

Untuk cara yg kedua iaitu :
Cara Kedua : Link Menggunakan Fungsi Pages

Aku akan cerita di next entry!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn