Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Showing posts with label BLOG. Show all posts
Showing posts with label BLOG. Show all posts

Monday, 23 February 2015

Tutorial : Cara Link kan Menu Bar (KAEDAH FUNGSI LABELS)


As Salam,
Sebelum ini aku ada buat entry tutorial mengenai Menu Bar, korang boleh klik link kat bawah ni :


1.Tutorial : Cara Mudah Buat Menu Bar (EPISOD 1-EDIT TULISAN)


Entry kali ni sgt penting sebabnya, bila korang dah buat cantik-cantik, sekali BLURR sekejap sebab korang tak tahu cara nak link kan Menu Bar dengan Entry korang. Korang jgn panic, aku tolong ajarkan. Hopefully korang pahamlah. Aku try guna ayat yang paling senang difahami,ok!

Kalau tgk di sidebar aku itu merupakan Menu Bar yg aku dah buat.
Tapi bila klik, error pulak, tak pun button Menu Bar tu tak berfungsi pulak..
Lorrr, dah buat penat2, xde hasil kan.. Xpe, meh kita buat sama2.

Kat sini ada 2 teknik untuk link kan Menu Tab Anda :
Cara Pertama : Link Menggunakan Fungsi Labels
Cara Kedua : Link Menggunakan Fungsi Pages

Cara Pertama : Link Menggunakan Fungsi Labels
Aku guna Fungsi Labels sebabnya aku design sendiri Menu Bar aku. So aku decide & sgt prefer guna kaedah ni. Lagi pon caranya sgt senang dan selalu digunakan oleh blogger-blogger yg lain.

Contohnya : Korang ada buat pelbagai entry, tapi korang nak kategorikan entry mengikut tajuk Menu Bar yg bersesuaian. Jadi aku pilih satu Menu Bar mengenai "Tutorial Blog".
Segala entry mengenai tutorial/teknik/cara dan sebagainya mengenai blog akan digabungkan sekali secara automatik di dalam satu Menu Bar. Kalau Readers klik pada button Menu Bar "Tutorial Blog", maka segala entry mengenai Blog akan keluar. Kalau readers klik pada button Menu Bar "Resepi", semua entry yang berkaitan akan keluar untuk tatapan pembaca.

Kat sini cara untuk buat :
1. Setiap kali update entry korang, korang kena kategorikan LABELS korang mengikut Menu Bar yang korang cipta. Kalau korang rasa nak buat Menu Bar "RESEPI", korang just letak labels RESEPI setiap kali update entry mengenai resepi makanan/minuman. 
Kat atas aku labels kan : Tutorial Blog.

2. Bila entry dah siap, korang akan Publish entry tersebut. Bila korang view semula entry tadi, korang akan nampak ada labels pada bahagian bawah entry cerita korang :
Korang nampak tak yang aku bulatkan warna merah kat atas. "TUTORIAL BLOG".
Klik labels tu TUTORIAL BLOG, sebab kita nak ambil link tersebut.

3. Kemudian akan keluar mcm kat bawah ni.
http://norjumaiszi87.blogspot.com/search/label/TUTORIALBLOG
Link yang tertera kat atas tu, bolehla dicopy dan letak dalam Menu Bar yang korang ciptakan tadi. 

Cara nak letakkan link kat dalam Menu Bar :
Korang pergi balik pada Layout >> edit semula pada HTML/Java Script yg korang buat Menu Bar sebelum ni. Dan paste kan ruang yang sepatutnya :
<center>
<a href='http://norjumaiszi87.blogspot.com/search/label/TUTORIALBLOG' target='_blank'><img src='http://s5.postimg.org/61znypqab/TUTO_BLOG.png' border='0' alt="BLOG" /></a>
</center>

Yang aku boldkan tu, bahagian itu yg dipaste kan.. Bahagian lain jgn usik.
Kemudian bolehla save.

Cer View Blog korang semula, tekan pada Menu Bar yg tadi korang buat, aku sure giler,
Segala entry yg melibatkan labels yg korang namakan tadi, akan keluar semua.

Kalau tak boleh atau tak paham boleh tanya aku k!! Aku sedia membantu.

Untuk cara yg kedua iaitu :
Cara Kedua : Link Menggunakan Fungsi Pages

Aku akan cerita di next entry!

Sunday, 25 January 2015

Tutorial : Cara Mudah Buat Menu Bar (EPISOD 2-UPLOAD postimg.org).


As salam,
Aku nak sambung entry, kalau sebelum ni topik aku adalah :

Jadi kali ni aku sambung lagi. Kali ni nak aku ajar cara upload Picture atau Menu Bar dekat postimg.org. Kenapa aku guna postimg.org ni??
Sebabnya, aku nak dapatkan URL image, Kalau xder URL image ni agak susah sedikit nak buat. Sesiapa yg belum daftar, aku suggest sgt daftar dulu sbbnya ia free dan xrugi sesen pon. 

Sila daftar dahulu di sini postimg.org .
Selepas daftar, upload gambar pulak.

Cara-caranya :
Namakan dulu folder dekat MyImage. 
Aku namakan Menu Bar klick OK. Kemudian klik upload untuk upload picture.
Korang boleh Browse dan select Picture yang korang buat tadi. 
Resize : korang boleh pilih size apa yg korang nak.
Gallery : tak payah usik.
Image content : klik pada FAMILY safe
Kemudian klik UPLOAD IT!
So bila dah di uploadkan, korang kene copy kat anak panah seperti di atas iaitu bahagian Hotlink for Website. kat situ terus ambil full URL. 
Setelah copy, URL tu nanti nak pastekan dekat layout blog korang.

OK, habis bahagian UPLOAD.

Sekarang pergi pada bahagian blogger LAYOUT korang.
korang kene pergi balik blog korang pergi pada bahagian yg aku circle warna purple :
Layout >> Add a Gadget >> HTML/Java Script
Klik pada lambang " + ".

Kemudian pastekan yg korang copy URL image dari postimg.org tadi.
Bahagian Title tak payah isi, bahagian content korang paste kan dalam ruangan tersebut.

<a href='http://postimage.org/' target='_blank'><img src='http://s5.postimg.org/ky7uh5xeb/EX_ABOUT_ME.png' border='0' alt="ABOUT ME" /></a>

Kalau nak lagi cantik letaklah center : boleh copy aku punya kat bawah :
<center>
<a href='http://postimage.org/' target='_blank'><img src='http://s5.postimg.org/ky7uh5xeb/EX_ABOUT_ME.png' border='0' alt="ABOUT ME" /></a>
</center>

Dan silalah klik SAVE. Kalau nak tgk hasilnya, kena pergi pada bahagian atas VIEW BLOG.

Dan hasilnya seperti ini :
Nampak tak dah ada menu bar About Me kat dalam Blog korang.
Senang tak?? Kalau senang feel free nak comment kat bawah erk.. hihihiihih..

Tapi aku nak bgtau awal2, About Me Menu Bar masih belum lagi berfungsi. Lainkali aku akan ajar korang macam mana nak link kan Menu Bar korang okay. Tunggu erk!!

Tutorial : Cara Mudah Buat Menu Bar (EPISOD 1-EDIT TULISAN)


As Salam,
Aku nak ajar Menu Bar bagi mereka yg masih baru lagi dalam dunia blog.
Contoh mcm kat bawah ni :

Yg ni aku punya blog. So aku pilih Menu Bar Burung hantu.. Dan posisi yang aku pilih adalah dibahagian side bar entry. Kalau bawah header pon boleh jugak.. Ikot keselesaan masing2.
Cara yang aku nak tunjukkan cara yg paling senang dan mudah untuk difahami, yg pasti korang kene ikot satu persatu, confirm menjadi..

STEP 1 :
Pilih picture Menu bar yang korang suka, boleh cari kat En.Google dan save..
Bagi yang takde pilihan, aku bagi yang kat bawah ni :
 IMG URL : http://s5.postimg.org/cksibn2hf/images_4.jpg
Korang boleh SAVE dulu kat desktop korang.
Macam aku simple jer, aku guna Excell jer untuk tambahkan wording atau tulisan kat atas Menu Bar ni. 
Contohnya, Pergi ke Microsoft Excell >> Insert Picture (yg korang save tadi) 
Kemudian lagi sekali Insert Word Art :
Ok, kemudian korang buat Nama Menu Bar yg korang nak.
Kebiasaannya, setiap blog wajib ada HOME, ABOUT ME kalau nak tambahan bolehla letak RESEPI, BEAUTY&HEALTH ikotlah kesukaan korang.
Kat bawah ni contohnya, aku pilih HOME :
Kemudian Save. Tapi cara nak save korang kene copy Word sekali dengan Picture tu then paste kat Paint. Itu cara aku.. Kalau cara lain gunalah Adobe photoshop/photoscape dan sewaktu dengannya, lagi mudah dan senang. Yang cara aku ni, bagi mereka yng tak punya Adobe, ok. Buatla seberapa Menu Bar yg korang suka.
Hasilnya, bila dah save jadi mcm ni :

Lepas dah siap buat Menu Bar korang, aku nak ajar cara nak upload dekat postimg.org.

Tapi sila klik tutorial seterusnya :

Thursday, 22 January 2015

Cara Simple Buat Blog (Boleh Jana Pendapatan)


As Salam,
Hari aku nak share cara-cara simple nak buat blog sendiri. Di mana kalau korang pandai berblog, korang boleh jana pendapatan korang sendiri. Aku akan share step by step untuk korang buat blog dan sendiri melalu blogspot.com. Di mana, ia merupakan platform berblogging secara percuma, dan ia ada kelebihan tersendiri terutamanya bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia blog ni.

Walaupun buat blog melalui platform blogspot.com adalah percuma, tapi korang mesti mempunyai akaun Google. Sebabnya, blogspot atau blogger.com adalah sebahagian drpd Google. Cara untuk dapatkan akaun percuma blogspot atau korang bolehla daftar dengan akaun Gmail. Kalau korang daftar juga guna email lain seperti Yahoo atau sewaktu dengannya, korang akan kehilangan kelebihan yg diberikan untuk seorang pemilik akaun Google.
Makanya buka email @ akaun Google dulu erk.

Step Buat Blog Sendiri :

Kalau belum ada akaun Gmail, silalah daftar dahulu secara percuma saje : 

Ok jika dah daftar akaun Gmail, jom teruskan langkah seterusnya.
  • Log in dulu akaun Blogger.com (sila klik)
  • Kalau dah berjaya, pergi ke paparan seterusnya.

  • Jika korang tak ada sebarang blog melalui akaun Google, makanya tiada sebarang blog akan dipaparkan. Kalau tengok Picture kat atas tu, ada satu kotak comment "Create your blog now". Bolehla klik "New Blog" kat bahagian tepi untuk cipta blog baru 
  • Kemudian akan papar macam kat bawah ni : 





















  • Masukkan maklumat yang dia nak iaitu Title (cth : CygkuJuma) makesure tajuknya senang nak ingat. Dan masukkan juga Address blog korang (cth : cygkujuma.blogspot.com). Title & Adress ni korang hentam jer nak letak apa, tapi makesure easy to remember ok. 
  • Paling penting bila 1st time buat blog sendiri ni, korang jangan letak Address blog korang panjang2. Sebab dalam dunia blog ia merupakan mesra pengunjung dan mudah ingat. Kalau korang letak URL terlalu panjang dan rumit, susah pembaca lain nak ingat alamat blog korang. Cer cuba cari Address blog yang mcm kene ngn memori / kisah hidup korang.
  • Lagi satu, bukan semua Address boleh approve, kadang-kadang ada address dah dimiliki oleh orang lain dulu, jadi korang perlu cari Address yang betul2 xde org lain guna.
  • Bila dah dapat Address URL blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah pilih TEMPLATE. Untuk permulaan, aku suggest guna TEMPLATE yang simple jer. Kat sini ada byk pilihan template yg disediakan. Pilih jer mana-mana yang korang berkenan. Kemudian klik CREATE BLOG untuk next step plak. 




















  • Dah siap. YEAHHHHH! Paparan kat bawah ni menunjukkan yang korang dah ada blog sendiri. 







  • Langkah seterusnya ialah korang perlu menulis isi kandungan blog korang sendiri. Sama ada cerita korang mengenai hal peribadi atau pun hal yang berinfomarsi kepada pembaca. Hanya klik START POSTING untuk mulakan langkah seterusnya.
  • Jika nak lihat rupa blog korang, hanya klik kat VIEW BLOG.
PERINGATAN :
Tips untuk hasilkan blog yang bagus, utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan korang menulis entri korang minimum at least 5 entri. Dah ada entri dgn panjang cerita tersebut minimum 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain pulak.

Bagaimana blog ni boleh jana income? Aku akan cerita nanti.

Selamat Mencuba!

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn