Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Showing posts with label EVENTS/KEMPEN. Show all posts
Showing posts with label EVENTS/KEMPEN. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

TONTON VIDEO MLM 2014 MINGGU 2

As Salam,

Kali ni, aku nak share Video Maharaja Lawak Mega 2014 MINGGU ke-2 secara 
FULL ONLINE.
Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014, kini sudah berada MINGGU ke-2 pada JUMAAT
lalu 21 NOVEMBER 2014 bertempat di DEWAN AUDITORIUM MBSA SHAH ALAM.
Siaran secara langsung bermula pukul 10.00 malam menerusi saluran 
ASTRO WARNA (132) dan tanyangan serentak MUSTIKA HD (134).

Tema yg dipersembahkan oleh 13 peserta MLM 2014 pada minggu ke-2 adalah bertemakan
"BEBAS".
Terdahulu, 2 kumpulan telah tersingkir iaitu SAYOT dan KEPOH  drpd 
GELANGGANG MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 pada MINGGU 1.

SAYOT

KEPOH

Semoga SAYOT & KEPOH tidak berputus asa untuk meneruskan perjuangan dlm bidang komedi ini.

Sila Tonton Video MLM 2014 MINGGU 2 :

KEPUTUSAN PENYINGKIRAN MINGGU KEDUA ??

TIADA PENYINGKIRAN DILAKUKAN pada MINGGU ke-2.

MAN OF THE MATCH??
JATUH KEPADA JEP SEPAHTU
TAHNIAH!!


SIAPA YG TERLEPAS TONTON MINGGU 1 SILA KLIK DI BAWAH:

Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

As Salam,

Program Realiti TV Komedi MAHARAJA LAWAK MEGA (MLM) kembali lagi menyengat untuk musim 2014. Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) menjanjikan aksi komedi yg lebih hebat, lebih mantop dan persaingan kali ini lebih sengit.

MLM 2014 masih mengekalkan pelakon & pengacara hebat Dato'AC Mizal sebagai hos.

WAKTU SIARAN MLM 2014
Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 akan bersiaran secara langsung pada pukul 10.00 malam setiap JUMAAT mulai 14 November 2014 menerusi ASTRO WARNA (132)
dan MUSTIKA HD (134).

SENARAI PENUH PESERTA MLM 2014
15 peserta yg bertanding di dlm Gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014 untuk memenangi hadiah wang tunai RM500,00 (JUARA).
Peserta terdiri drpd 10 PESERTA FAST LANE yg layak secara automatik & 5 kumpulan lagi terpilih melalui saingan gelanggan KERUSI PANAS (HOT SEAT).

SENARAI PESERTA FAST LANE :
1) SEPAHTU (Jep/Shuib/Ilya)
2) SHIRO (Ajak/Shahrol)
3) BOCEY (Acey/Abam/Fad)
4) VIRUS (Tauke/PakYus/ZizanRazak)
5) NABIL
6) COMEY (Suhaimi/Rophie)
7) SYJ (JihanMuse/Yassin/Shuk)
8) JALOR (Along/Rahim/Joey)
9) SAYOT (ZamJR/Filzah/One-Skool Of Lawak)
10) Kepoh (Izu/Pian/Kamal)

SENARAI PESERTA DARI HOT SEAT & TONTON VIDEO HOT SEAT

PENGHAKIMAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2014
Sistem Penghakiman MLM 2014 masih dikekalkan dgn format 70% drpd Juri Profesional dan 
30% drpd undian SMS penonton.
Terdapat 4 JURI TETAP iaitu Dato' Jalaludin Hasan dan Nur Fazura (MALAYSIA),
TAUFIK BATISAH (SINGAPORE) dan FARAH QUINN (INDONESIA).

UNTUK MENONTON SEMUA EPISOD MAHARAJA LAWAK MEGA 2014

TONTON VIDEO MLM 2014 MINGGU 1

As Salam,

Kepada sesiapa yg terlepas nak tengok MAHARAJA LAWAK MEGA 2014 MINGGU 1,
Boleh klik Link kat bawah untuk tontonan semula..
 NABIL
SHAKE (Amirullah/BellNgasri/Haszmi)

 SAYOT (ZamJR/Filzah/One-Skool Of Lawak)


Kepoh (Izu/Pian/Kamal)


MAN OF THE MATCH??
JATUH KEPADA ZIZAN RAZAK VIRUS
TAHNIAH!!

SILA KLIK LINK BAWAH KALAU NAK TENGOK MINGGU KE-2 MLM 2014 :
TONTON VIDEO MLM 2014 MINGGU 2

TONTON VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014 (MINGGU 1)

As Salam,

Program Gegar Vaganza Astro 2014 telah bermula malam 16 November 2014, 9.00 malam yg telah dihoskan oleh Nabil Ahmad & Jihan Muse.
Program Gegar Vaganza Astro 2014 akan berlangsung selama 8 minggu, setiap AHAD, 9.00 malam di saluran Astro Maya HD (135), Astro Ria (104) & Astro Prima (105).

VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014 (MINGGU 1)
Bagi mereka yg terlepas mnyaksikan program ini, anda boleh saksikan sekarang dengan klik link di bawah ini :

TONTON VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014 (MINGGU 2)

SENARAI PESERTA GEGAR VAGANZA ASTRO 2014

As Salam,


Satu lagi program realiti Astro telah muncul baru2 ni minggu lalu yg memfokuskan kepada artis2 senior Malaysia.. Program Gegar Vaganza Astro 2014 yg dihoskan oleh Nabil Ahmad & Jihan Muse,pada minggu lalu 16 November 2014 akan muncul sekali lagi pada 23 November 2014 ini, hari AHAD jam 9.00malam di saluran Astro Maya HD (135) , Astro Ria (104) & Astro Prima (105).

Program akan berlangsung selama 8 minggu yg bersiaran setiap Ahad, jam 9.00mlm..

Di bawah merupakan Senarai Peserta Gegar Vaganza Astro 2014 :
1) Ayai (Illusi)
2) Rahmad (Kump.MEGA)
3) Hasnol
4) Fazli Zainal
5) Mamat (Kump.EXIST)
6) Haleeda
7) Shima
8) Sharifah Zarina
9) Ifa Raziah
10) Adilla
11) Sam (Kump.Innuendo)
12) Nadia

Format Markah Gegar Vaganza Astro 2014
100% markah dari juri

Juri Tetap Gegar Vaganza Astro 2014
Datuk Ramli MS
Datuk Khadijah Ibrahim

Juri Jemputan Gegar Gegar Vaganza Astro 2014
Salih Yaacob(SY)
Mamat Khalid
Man Kidal (Kump.Lefthanded)

Hadiah Gegar Vaganza Astro 2014 Beserta Trofi
JUARA - RM100,000
NAIB JUARA - RM30,000
KETIGA - RM15,000
KEEMPAT - RM5,000

TONTON VIDEO GEGAR VAGANZA ASTRO 2014

Tuesday, 25 November 2014

Segmen Bloglist Disember DJH 2014

Assalammualaikum..

Hari ni aku terbaca blogger Diari Jejaka Hangat buat pencarian bloglist bagi bulan Disember 2014. Bermula 24 November 2014 tepat 12AM sehingga 30 November 2014, tepat jam 11.15PM.
So aku xnak lepaskan peluang.. Harap2 Diari Jejaka Hangat pilih aku.. bagi chance la sikit erk..

So, apa aku nak citer untuk entry kali ni, aku masih baru lagi dalam dunia blogger.. Tapi aku mmg suka berblog sambil mencari idea2 yg best dari bloger yg lain.. Aku punya entry pon rasa mcm blur jer nak tulis apa.. Al maklumlah aku ni baru jer baik dari demam denggi.. Mujur xder apa2.. Cuma En.Husb jer kurang sihat after discaj semalam..

Sempena entry ni aku nak update movie cartoon terbaru yg ada dekat TGV, yg tgh famous skg :

GENRE: Action / Comedy / Animation

RUNNING TIME: 105 Minutes

RELEASE DATE: 6 Nov 2014

STARRING: T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung

SYNOPSIS: Terletak di kota metropolitan San Fransokyo (portmanteau dari San Francisco dan Tokyo), Hiro Hamada yang ajaib berusia 14 tahun menciptakan robot pertempuran (dari robot huggable saudaranya) bernama Baymax untuk mengisi kekosongan setelah kematian saudaranya yaitu Tadashi.
Untuk menemukan si pembunuh, maka Hiro membentuk tim yang bernama Big Hero 6 terdiri dari Wasabi, Honey Lemon, GoGo Tomago, Fred, Baymax dan dirinya sendiri (Hiro Hamada). Selain itu Big Hero 6 juga berusaha untuk membantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka dari cengkeraman plot kriminal yang mengancam untuk menghancurkan San Fransokyo.

DISTRIBUTOR: Walt Disney Pictures

DIRECTED BY: Don Hall, Chris Williams

Jadi sila tonton okay..


Wednesday, 12 November 2014

8th MATERNITY & CHILDREN EXPO on 21~23rd NOVEMBER 2014 (MID VALLEY EXHIBITION HALLS)

As Salam,

Hi, U olss..Aku nak citer pasal EXPO terbaru dekat MID VALLEY..
Korang yg mana stay area sana, mesti pergi erk, jualan hebat punya kasi korang..

8th MATERNITY & CHILDREN EXPO
21~23rd NOVEMBER 2014
MID VALLEY
(EXHIBITION CENTER HALL 1,2 & 3)
Nampak tak ketakutan baby tu.. Conpom ramai org nak serbu booth si kecik ni.. hahahah
Korang before nak pergi, 
Sila klick dulu web ni untuk dapatkan Photobook yg berharga RM79 sahaja.. 
Website : http://www.tcebaby.com.my/
atau FB pon boleh : https://www.facebook.com/MaternityandChildrenExpo

Selepas jer korang register kat laman Website tu, korang agak dapat satu paparan mcm ni :
So dia remind you ols, jgn lupa sebab dia ada send by email, dan printkan benda tu, untuk dapatkannya dgn harga yg murah okay..

WIN MULTI AWARD WINNING STROLLER FROM UK
{MAMAS&PAPAS SOLAR CITY) Worth RM1958

So, dorang nak korang sharekan dgn give them a THUMB UP, Share & tag kengkawan korang, dan jgn lupa tag juga Maternity & Children Expo dekat FB yer,
dengan meletakan maklumat EVENT DATE, VENUE AND www.tcebaby.com.my dekat FB ni Maternity & Children Expo .
Sebabnya, minggu ini merupakan minggu terakhir pada 16th NOVEMBER 2014.

Expo Date: 21-23 NOVEMBER 2014 (Fri to Sun)
Time: 10:00am to 9:00pm
Venue: MID VALLEY Exhibition Centre, ALL THE HALLS
Website: www.tcebaby.com.my 


BAGAIMANA CARA NAK DAPATKAN??

STEP 1:
Jadi peminat/fan kepada Maternity & Children Expo dan LIKE page diorang okay!
Klick sini : Maternity & Children Expo @ https://www.facebook.com/MaternityandChildrenExpo
STEP 2:
Kongsikan contest poster dekat "PUBLIC" di timeline korang @ Page yg korang manage dan Tag kengkawan dan Maternity & Children Expo .

STEP 3:
Tunggu peluang untuk menang dgn MULTI AWARD WINNING STROLLER FROM UK
(MAMAS&PAPAS SOLAR CITY)
Pemenang akan di annouced dekat Maternity & Children Expo FanPage wall post dan/atau notified via FB message inbox masing2 jika menang,
pada 8th Oct 2014 / 15th October 2014 / 22nd October 2014 / 29th October 2014/ 
5th November 2014 / 12th November 2014 dan terakhir 19th November 2014.
Masih ada lagi peluang untuk anda cuba!!

TERMA & SYARAT

Semuah Step 1-3 perlu dipenuhi untuk memenangi Stroller ini.
Pemenang akan dipilih secara mingguan secara rawak sbyk 7 pemenang.
Peraduan dibuka hanya kpd penduduk di MALAYSIA shj.
Pemenang mesti bertindak balas kpd penganjur dalam tempoh 48jam untuk menuntut hadiah, jika tiada respon penganjur akan mencari pemenang yg lain pula.
Pemenang mesti tuntut hadiah sendiri pada 22 November di 
PUSAT PAMERAN MID VALLEY(EXHIBITION CENTER HALL 1,2 & 3).
MULTI AWARD WINNING STROLLER berakhir pada 16th NOVEMBER 2014.

APA YG MENARIKNYA DI MATERNITY & BABY EXPO??

Ada 350 booths
Ada 700 Exclusive Brands
30,000 Limited Edition Mugs dan ianya FREE
Guaranteed Gift dgn harga RM79/each (PHOTOBOOK)
30 Branded Strollers yg akan dihadiahkan
LUCKY DRAW iaitu Hadiah Cabutan Bertuah GALORE bernilai lebih drpd RM150,000 

GOODIES BAG
 So,sesiapa yg pergi kali ni, jgn lupa terus pergi ke bahagian REGISTRATION untuk berdaftar, dan jgn lupa amik coupon untuk redeem. 
So, aku harap korang have a fun, dan shopping mengikut kepeluan tau!!



IDCC MOM & BABY EXPO (31 OCT~2 NOV 2014)

As Salam,

Citer ni mungkin dah basi, tapi bg aku wangi lagi kot.. hahahahh
Aku nak cerita entry kali ni aku pergi ker MOM & BABY EXPO yg lalu bertarikh 31th OCT~2nd NOV 2014 di IDCC Shah Alam.. 
Aku mmg giler sikit pasal expo yg melibatkan baby ni. Sebabnya harga yg ditawarkan dekat baby expo memang lebih murah drpada beli dekat mall atau pon shop.

Mula2 aku agak terpinga, kat mana IDCC ni erk. Shah Alam area mana?
Macam xjumpa jer.. Rupa2nya dekat ngn opis aku jer..


 Aku pergi sane, hari jumaat.. Aku ajak kawan aku skali,CikLinda.. 
Dia ni baru nak kahwin, tapi aku ajar dia dulu, kalau ko pregnant nanty ko pgla dekat expo baby, harga lagi murah, bla bla bla..
Padahal niat aku, aku nak dia register nama dia untuk dapat goodies bag jer..
 huarghh hahahah.. kawan aku ni jenis okay jer.. 
Aku tanya "Ko xper ker aku amik goodies bag ni?"
dalam hati cakap ler xper..
"Alah, xperla.. aku nak buat apa ngn isi kat dalam tu" kawan aku jawab
hahahhahha.. apa lagi laju la aku sambar..

REGISTER
Korang kalau pergi ke MOM & BABY expo tolong jgn lupa register.. Rugi kalau xregister.. st sekali yg korang perlu pergi, bahagian register..
Register ni hanya buka untuk 18tahun ke atas, perlu daftar mggunakan IC/PASSPORT sahaja.. kalau terlupa bawa, minta maap, anda tidak dilayan sama sekali..

So, masa tu ada kawan aku, dan aku.. Kami register dulu, kemudian ladies registreation akan bg coupon.. Yg aku ni xtau pulak ada coupon.. Kawan aku jer amik, yg aku ingat lau guna register tu xpyh show apa2.. aku ingat sampai bahagian goodies bag, bagi IC balik untuk show yg aku dah register.. Ek eleh, dah lah besau expo tu, dah la aku pakai kasut tumit, terpaksa aku patah balik dari ujung expo Selatan ke ujung Timur Register tu.. Hish berbulu jer aku.. aku cakap bahagian goodies bag tu, ladies tu tak bg apa2 pon..
"Maaf puan, puan kena patah balik amik coupon, then baru kami bg goodies bag ni"
hishhhh.. nasib baik kawan aku xkisah sgt nak patah balik..
Aku pon patah balik la, disebabkan nak sgt benda free tu..
Aku slowtalk dgn bahagian register, tak sempat aku cakap bahagian register tu kata,
"Eh, Miss sorry, forgot to give this coupon"
heh heh heh.. nasib baik dia ingat muka aku.. lau tak, aku pon xtau nak explain mcm mana..
Yer la kang dia cakap, dah amik kata xdapat.. kan naya tuh..

BREASTPUMP ELECTRIC

Sebelum aku redeem ngn kawan aku, aku g survey2 dulu.. 1st dlm kepala otak aku, aku nak breastpump electric punya.. lau boleh nak yg murah2 la.. Tapi aku ni xtau yg mana bagus.. jadi aku survey dulu.. ada satu part yg menarik aku, botol susu tommee tippee.. murah kot.. sorry, nanty aku capture gambarnya..lupa pulak.. 2 botol untuk 9oz, free 2 puting baby hanya RM55 sahaja.. wah giler murah.. jadi aku pon belila..
Kebetulan, ada satu kakak pregnant tgh survey breastpump..
Aku apa lagi menyeboklah kat situ..
kakak tu cakap, "my sis used this brand.. good feedback from her.. So I decide want to buy this brand"..Aku menyampok..
"Ye ker kak, I pon nak beli, tapi tak tahu brand apa. Then you cakap mcm ni, I nak try jugaklah"
Sekali amoi kat situ cakap, kalau beli dekat shop RM259.90, skg kat expo, dia bg best price RM179.90, tapi disebabkan ari ni merupakan hari pertama kami buka booth, jadi harga kami tawarkan RM159.. Wahh lagi lajulah duit aku nak keluar..
"Saya nak la miss"
Laju jer keluar dari mulut aku..Murah kot..
Brand SNOW BEAR
Okayla. Puas hati, nnti aku bg tau next entry, 
apakah hasilnya setelah menggunakan breast pump ni..

Dah habis tgk semua expo tu, aku pon pg redeem goodies bag.. Ini hasilnya :
Macam2 la ada..korang tgk la sendiri.. 
Next aku nak serbu pulak Expo seterusnya dekat Mid Valley..
MATERNITY & CHILDREN EXPO on 21-23rd NOVEMBER 2014..
JOM SERBUUUUU!!!

Sunday, 9 November 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam

Aku nak citer sikit tentang LAZADA MALAYSIA yg paling ranking sekali kat Malaysia untuk online shopping..  Bak kata dek orang kat MALAYSIA ni 
"PUSAT MEMBELI BELAH ONLINE NO.1 DALAM MALAYSIA"..

Apa aku nak cerita kali ni adalah Lazada merupakan perintis E-Dagang merentasi beberapa negara yg pesat dan membangun serta menawarkan satu pusat membeli-belah secara online yang paling cepat khidmatnya, selamat dan mudah..
Sebabnya dengan pilihan produk yang luas dalam pelbagai kategori meliputi fesyen, elektronik pengguna serta barang2 rumah, permainan kanak2 dan peralatan sukan..
Tak ker bagus LAZADA ni.. Kalau susah sgt nak berjalan online jer.. 
Cer korang pergi kat sini Lazada Malaysia

Yang aku nak cakap sikit ni, aku pernah gunakan khidmat LAZADA.. sgt bagus, cepat dan komited lah senang nak cakap.. Sebab goals LAZADA ni boleh dikatakan sentiasa berjuang untuk menawarkan pelanggan2 dgn penawaran yang terbaik sekali..
Apa penawarannya???
Termasuklah pilihan bayaran berganda(cara pembayran yg sgt easy payment), penghantaran barang pergi dan balik secara percuma serta perkhidmatan pelanggan yg baik dan mempunyai perjanjian waranti..

Korang jgn risau sbb produk kualiti barang dorang memang bagus.. 
Korang boleh klik guna hujung jari korang jer.. Cer cuba, cer cuba klik Lazada Malaysia ..
Kalau mcm aku, aku lebih suka kpd Shop toys, kids and baby..
Mcm2 ada..
Korang jelajah lah sendiri.. xrugi ponnn

Yg paling & paling best Lazada ada anjurkan 1 jualan besar-besaran secara online pada 11th NOV 2014 dgn potongan harga sehingga 94%:

JOMMMMMMM BERSHOPPING DGN Lazada Malaysia


Aku rasa rugi korang x save date ni.. 11th NOVEMBER 2014. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

ANJURAN :
Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn