Iklan Nuffnang

Total Pageviews

Thursday 22 January 2015

Cara Simple Buat Blog (Boleh Jana Pendapatan)


As Salam,
Hari aku nak share cara-cara simple nak buat blog sendiri. Di mana kalau korang pandai berblog, korang boleh jana pendapatan korang sendiri. Aku akan share step by step untuk korang buat blog dan sendiri melalu blogspot.com. Di mana, ia merupakan platform berblogging secara percuma, dan ia ada kelebihan tersendiri terutamanya bagi mereka yang baru nak berjinak dalam dunia blog ni.

Walaupun buat blog melalui platform blogspot.com adalah percuma, tapi korang mesti mempunyai akaun Google. Sebabnya, blogspot atau blogger.com adalah sebahagian drpd Google. Cara untuk dapatkan akaun percuma blogspot atau korang bolehla daftar dengan akaun Gmail. Kalau korang daftar juga guna email lain seperti Yahoo atau sewaktu dengannya, korang akan kehilangan kelebihan yg diberikan untuk seorang pemilik akaun Google.
Makanya buka email @ akaun Google dulu erk.

Step Buat Blog Sendiri :

Kalau belum ada akaun Gmail, silalah daftar dahulu secara percuma saje : 

Ok jika dah daftar akaun Gmail, jom teruskan langkah seterusnya.
  • Log in dulu akaun Blogger.com (sila klik)
  • Kalau dah berjaya, pergi ke paparan seterusnya.

  • Jika korang tak ada sebarang blog melalui akaun Google, makanya tiada sebarang blog akan dipaparkan. Kalau tengok Picture kat atas tu, ada satu kotak comment "Create your blog now". Bolehla klik "New Blog" kat bahagian tepi untuk cipta blog baru 
  • Kemudian akan papar macam kat bawah ni : 





















  • Masukkan maklumat yang dia nak iaitu Title (cth : CygkuJuma) makesure tajuknya senang nak ingat. Dan masukkan juga Address blog korang (cth : cygkujuma.blogspot.com). Title & Adress ni korang hentam jer nak letak apa, tapi makesure easy to remember ok. 
  • Paling penting bila 1st time buat blog sendiri ni, korang jangan letak Address blog korang panjang2. Sebab dalam dunia blog ia merupakan mesra pengunjung dan mudah ingat. Kalau korang letak URL terlalu panjang dan rumit, susah pembaca lain nak ingat alamat blog korang. Cer cuba cari Address blog yang mcm kene ngn memori / kisah hidup korang.
  • Lagi satu, bukan semua Address boleh approve, kadang-kadang ada address dah dimiliki oleh orang lain dulu, jadi korang perlu cari Address yang betul2 xde org lain guna.
  • Bila dah dapat Address URL blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah pilih TEMPLATE. Untuk permulaan, aku suggest guna TEMPLATE yang simple jer. Kat sini ada byk pilihan template yg disediakan. Pilih jer mana-mana yang korang berkenan. Kemudian klik CREATE BLOG untuk next step plak. 




















  • Dah siap. YEAHHHHH! Paparan kat bawah ni menunjukkan yang korang dah ada blog sendiri. 







  • Langkah seterusnya ialah korang perlu menulis isi kandungan blog korang sendiri. Sama ada cerita korang mengenai hal peribadi atau pun hal yang berinfomarsi kepada pembaca. Hanya klik START POSTING untuk mulakan langkah seterusnya.
  • Jika nak lihat rupa blog korang, hanya klik kat VIEW BLOG.
PERINGATAN :
Tips untuk hasilkan blog yang bagus, utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan korang menulis entri korang minimum at least 5 entri. Dah ada entri dgn panjang cerita tersebut minimum 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain pulak.

Bagaimana blog ni boleh jana income? Aku akan cerita nanti.

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

I LOVE MY FAMILY

Ya Allah kau berkatilah seluruh kehidupanku, kehidupan suamiku, bayiku, IbuBapaku, Mertuaku, adik-beradikku dan muslimin muslimat di dunia ini.
Ya Allah lindungi hati kami, pilihlah kami dan tundukkanlah kami ke jalan Mu iaitu jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah jangan lah kau sesatkan kami sepertimana kau sesatkan mereka yang kau murkai.
Ya Allah berikanlah kami rezeki yang halal, rezeki yang melimpah ruah serta permudahkanlah segala hutang piutang kami sebelum nyawa kami diambil.
Ya Allah perkenankanlah setiap doa-doaku ini.
Sesungguhnya Engkau yang Maha MengAminkan segala doa-doa kami.
Amin Ya Robbal Alaminn